KISAH BENAR IBU TUNGGAL INI DIUSIR 12 HANTU |
KISAH SERAM | GANGGUAN MAKHLUK HALUS - Seorang ibu tunggal, Vanessa Mitchell, 37, menceritakan kembali peristiwa beliau berdepan dengan 12 hantu sehingga terpaksa berpindah ke rumah lain.
Hantu-hantu itu bertindak memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga. Selain itu, mereka juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Paling mengerikan, hantu itu membuat percikan darah timbul di ruang tamu.
Kejadian terakhir yang menakutkan ialah selepas Vanessa melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buai bayi itu.
Beliau hanya bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.
“Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu.” Dia masih berhutang sebanyak RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.
Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu.’ Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui.”