APA SUDAH JADI PADA ZED ZAIDI??? | Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi, dilaporkan telah kehilangan sebuah kereta yang diletakkan dalam kawasan letak kereta luar Kondominium Perdana View, Damansara Perdana semalam.
Kereta yang tidak didedahkan modelnya merupakan kereta kedua Zed Zaidi dan hanya diletakkan di luar kerana kuota hanya sebuah untuk
parking dalam.
“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang, kuncinya berada dalam simpanan isteri saya”
“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kerana pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal," ujar Zed Zaidi.