GAMBAR DEMONSTRASI DI SELURUH DUNIA KERANA FILEM INNOCENCE OF MUSLIM |
Isu Semasa - Sebuah filem yang telah menghina Islam,
Innocence of Muslim telah dikecam sehebat-hebatnya oleh seluruh umat Islam seluruh dunia..Filem yang diterbitkan oleh seorang Yahudi, Sam Bacile, 52, mencetuskan kemarahan orang Islam kerana ianya terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW.
Berikutan itu, tercetuslah demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia termasuk di Yaman, Mesir, Libya, Iran, Afghanistan, Pakistan, Turki, Iraq, Tunisia, Indonesia, Lubnan dan berberapa negara lain termasuk Malaysia akibat daripada filem ini dimuatnaik ke dalam YouTube.
Filem itu mengisahkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, pembunuhan ramai kanak-kanak dan mendakwa bahawa keldai merupakan haiwan islam yang pertama.