KEMENANGAN SHILA AMZAH PADA ASIAN WAVE 2012 DIPERTIKAI - Meskipun sudah memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai,
namun kredibiliti pelantun lagu
Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara
Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi
pertandingan berkenaan.
Pertikaian
tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan
Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.
"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja,
bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya.
Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.
"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu,
biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak
mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.
"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia
sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang
berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia
hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya
tersendiri.
"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami
juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana
masing-masing punya keistimewaan tersendiri," ujar Shila Amzah.