KEMENANGAN SHILA AMZAH PADA ASIAN WAVE 2012 DIPERTIKAI - Meskipun sudah memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti pelantun lagu Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi pertandingan berkenaan.
Pertikaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.
"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya. Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.
"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu, biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.
"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya tersendiri.
"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri," ujar Shila Amzah.
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
Betul tu. Ni lah di namakn rezeki. Makin murah yew rezeki shila sjak pakai tudg. Bukn shaja cntik, malah dia mempunyai kualiti vokal yg sgt mantap. Klau kita tengok mse dia tgh nyanyi tu, juri pun suka dgn lontaran vokal dia. Xley nk sme kan dia dgn artis lain. Bab Allah da tetapkn tu rezeki dia. Kita ni siapa nk menghlngnya kan. Sbbg manusia, kita xley nk pertikai Hak org lain.. :).
27 September 2012 at 15:43
Post a Comment