GAMBAR HOT NADIYA NISAA DAN AARON AZIZ PADA MALAM ANUGERAH BLOCKBUSTER | Gambar Artis - Nama Nadiya Nisaa memang tengah meletup-letup kini gdek penangan drama bersiri Adam & Hawa. Beliau dan seorang lagi teraju utama drama ini menunjukkan mutu
lakonan yang terbaik walaupun pada mulanya ramai yang
meragui keupayaan Nadiya Nisaa.
Lebih Gosip Bersama katakcomel.my
Home > All posts
GAMBAR HOT NADIYA NISAA DAN AARON AZIZ PADA MALAM ANUGERAH BLOCKBUSTER
ditulis oleh Unknown on 9 October 2012
GAMBAR HOT HANEZ SURAYA PELUK DAN CIUM RAMAI LELAKI
ditulis oleh Unknown
GAMBAR HOT HANEZ SURAYA PELUK DAN CIUM RAMAI LELAKI | Gosip | Gambar Artis - Terdapat gambar yang menunjukkan pelakon
wanita yang merangkap teman wanita Awi Rafael, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di alam maya ketika ini.
4 JAM DALAM NERAKA 10 SETAN
ditulis oleh Unknown
4 JAM DALAM NERAKA 10 SETAN | Isu Semasa - Empat jam menjadi tempoh sangat lama dan penuh smenderita bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir sepuluh lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.
“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.
ANAK AYAM GRED A DITAHAN
ditulis oleh Unknown
ANAK AYAM GRED A DITAHAN | Isu Semasa - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka sehingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A pagi kelmarin.
12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira jam 1.15 pagi.
Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’ berusia 52 tahun.
Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu bersembunyi di bilik gelap di tingkat enam.
“Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di situ sebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang dipercayai ‘ibu ayam’.
“Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di dalam sebuah laci,” katanya.
"Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak bermoral di tingkat enam," katanya.
Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks, semua wanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan, yang turut menempatkan sebuah disko.
"Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam,” katanya.