Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ANAK AYAM GRED A DITAHAN

on 9 October 2012


ANAK AYAM GRED A DITAHAN | Isu Semasa - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka sehingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A pagi kelmarin.

12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira jam 1.15 pagi.

Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’ berusia 52 tahun.

Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu  bersembunyi di bilik  gelap di tingkat enam.

“Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di situ sebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang dipercayai ‘ibu ayam’.

“Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di dalam sebuah laci,” katanya.

"Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak bermoral di tingkat enam," katanya.

Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks, semua wanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan, yang turut menempatkan sebuah disko.

"Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam,” katanya.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

ayam gred A.... menarik tu..... kalau semua ayam2 tu ada berapa gred????


9 October 2012 at 18:37
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved