Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ...

on 11 October 2012


BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ... - Penyediaan subsidi yang diterapkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Bajet 2013 masing-masing, yang dibentangkan baru-baru ini, tidak dipersetujui oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan walaupun beliau menyifatkan belanjawan kedua-dua parti itu ada kelebihan sendiri.

"Banyak elemen yang bagus dalam kedua-dua bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini (bulan lalu)," kata beliau.

“Terutamanya bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mengenai peruntukkan kanak-kanak kurang upaya dan ini merupakan satu perkara yang bagus serta perlu disokong,” katanya.

Wan Saiful turut menyatakan persetujuannya dengan bajet yang diperkenalkan oleh PR, yang turut memasukkan soal penghapusan duti eksais kereta.

Bajet 2013 Kerajaan Pusat dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September lalu manakala Bajet PR dua hari sebelum itu. Kedua-dua BN dan PR dilihat menggunakan bajet kali ini sebagai 'modal politik' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Dewan Rakyat sedang membahaskan Bajet 2013.

“Saya juga bersetuju dengan penghapusan duti eksais kereta yang diketengahkan oleh Pakatan.

“Tetapi saya kurang bersetuju dengan pemberian subsidi yang diterapkan dalam kedua-dua bajet, yang diketengahkan kerana bagi saya ia seperti menggalakkan rakyat untuk meminta-minta kepada kerajaan yang memerintah.

“Budaya meminta-minta di kalangan rakyat, kalau dibiarkan akan menjadi bahaya selain budaya meminta subsidi perlu selalu dipaparkan oleh media agar rakyat faham mengenainya,” katanya.

Wan Saiful turut meminta rakyat agar jangan mudah terpengaruh serta senang mengukur kewibawaan seseorang ahli politik itu berdasarkan ganjaran yang diberikan kepada mereka.

“Kita seharusnya jangan terima ahli politik yang seolah-olah mahu memberi ‘bribe’ kepada kita,” katanya ketika mengulas mengenai pemberian subsidi yang seolah-olah sudah menjadi budaya kepada rakyat di Malaysia.

Wan Saiful turut menambah, “tidak ada apa-apa yang perlu rakyat berterima kasihkan kepada bajet yang dibentangkan kerajaan kerana wang itu adalah dari rakyat sendiri."

Ketika ditanya moderator wacana, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek mengenai di antara kedua-dua bajet yang dibentangkan,  yang mana satu lebih mapan dan bagus untuk pertumbuhan ekonomi, sosial dan keseluruhan untuk rakyat Malaysia, Wan Saiful berkata, “saya tak dapat beri jawapan kerana banyak risikonya."

“Rakyat Malaysia kena pindah dari budaya politik sokong parti tanpa tahu dasarnya.

“Secara umumnya, apa yang boleh saya katakan kedua-dua bajet adalah dalam bentuk ekonomi baru, sekali gus dapat membantu kadar ekonomi negara untuk lebih meningkat lagi pada masa akan datang,” katanya.

DR SHEIKH MUSZAPHAR UBAH KARIER, TONJOL KEBESARAN TUHAN


DR SHEIKH MUSZAPHAR UBAH KARIER, TONJOL KEBESARAN TUHAN - Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal mengubah kariernya kepada lakonan apabila beliau bakal berlakon dalam filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas yang diberi judul No.1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal.

Filem ini bakal menemui penonton sekitar Mac 2013 & akan di’arahkan oleh Imran Ismail. Imran Ismail sebelum ini pernah mengarahkan filem Jalang, Cassandra dan Datin Ghairah.

KARIER SAFEE SALI LEBUR


KARIER SAFEE SALI LEBUR | SUKAN - Nasib Mohd Safee Sali bersama skuad kebangsaan mungkin terancam apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didakwa mengambil tindakan menggantung 25 kelab Liga Super Indonesia (ISL).

Berita penggantungan membabitkan kelab diwakili Safee, Pelita Jaya FC itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menerima surat rasmi dari PSSI, lewat petang semalam.

“Benar, FAM ada menerima laporan berhubung penggantungan beberapa kelab dari pihak PSSI. Ia dinyatakan secara rasmi dengan tujuan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara luar termasuk Malaysia.

“Antara kelab-kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili penyerang negara, Safee,” katanya.

Sebelum ini kes penganjuran ISL yang didakwa sebagai ‘liga haram’ kerana tidak diiktiraf PSSI hebat dibincangkan sejak tahun lalu hingga membabitkan campur tangan Fifa yang mahu perkara itu diselesaikan segera Mac lalu.

ISL sebelum ini adalah liga utama Indonesia sebelum kepimpinan baru PSSI diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia hingga liga negara itu terbahagi dua.

Bagaimanapun penggantungan oleh PSSI ke atas kelab Pelita Jaya menimbulkan tanda tanya sama ada Safee yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan bayaran lebih RM2 juta bersama kelab itu boleh menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh penggantungan itu.

Azzuddin menegaskan, berdasarkan maklumat yang diberikan PSSI kedudukan Safee masih selamat.
“Tetapi, laporan itu tidak menyentuh berhubung larangan pemain negara (Safee) untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. Buat masa ini, FAM dimaklumkan pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab yang digantung itu,” katanya yang enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

INILAH RUPA MANUSIA TAHUN 3000 BAYANGAN SAINTIS

on 10 October 2012

INILAH RUPA MANUSIA TAHUN 3000 BAYANGAN SAINTIS - Menurut para saintis, manusia akan berevolusi apabila menjelang Tahun 3000. Di bawah ini kami ada muat naik gambar bayangan para saintis masa kini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved