Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SYATILLA MELVIN KEKASIH BARU SHAHEIZY SAM

on 14 November 2012


SYATILLA MELVIN KEKASIH BARU SHAHEIZY SAM - Bagi individu yang mengikuti drama ‘Julia’ di Slot Akasia TV3, anda pasti kenal dengan Syatilla Melvin iaitu pelakon wanita yang memegang watak sebagai Katerina.

Sejak muncul dalam drama tersebut, bakat dan nama Syatilla mula mendapat perhatian peminat industri hiburan sehingga timbul gosip yang mendakwa gadis ini bercinta dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam.

“Tilla memang rapat dengan Sam, tapi kami kawan biasa je. Kami mula kenal masa hadiri acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media. Masa itu Tilla terlibat dalam pertandingan ‘Dewi Remaja’ lagi,” komen Syatilla mengenai hubungannya dengan Sam.

Mengulas lebih lanjut mengenai gosip antara Syatilla dan Sam, timbul juga dakwaan mengatakan Sam telah menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla, iaitu Syafiqah Amirul Melvin yang juga juara untuk program ‘Gadis Melayu’ musim kedua pada bulan Julai lalu di Parit Buntar, Perak.

“Ya, memang Sam ada datang. Kebetulan masa tu dia ada penggambaran dekat Pulau Pinang. Lagipun jarak dari Pulau Pinang ke Parit Buntar pun tak jauh dan dia singgah la kejap.”

“Tilla memang selesa berkawan dengan dia sebab kami ‘sekepala’ dan dua-dua perangai gila-gila. Kami memang pernah keluar bersama, tapi bukan berdua. Selalunya kami akan keluar dengan kawan-kawan yang lain,” akui Syatilla Melvin, gadis berusia 21 tahun ini.

RM 200 UNTUK TONTON PERSEMBAHAN NAJWA LATIF DI SINGAPURA???


RM 200 UNTUK TONTON PERSEMBAHAN NAJWA LATIF DI SINGAPURA??? - Nampaknya Najwa Latif kini berada dalam kelas tersendiri kerana bukan calang calang harga tiket yang dikenakan untuk menonton gadis ini membuat persembahan.

Pada 21 Disember 2012, Najwa Latif akan tampil dengan satu persembahan eksklusif untuk 500 orang peminat sahaja di The Joyden Hall @ Bugis, Singapura dengan harga tiket SGD77.



Itu merupakan harga yang perlu anda bayar jika membeli tiket di pintu masuk, tetapi jika anda beli sekarang, ianya boleh didapati dengan harga serendah SGD57.

DOWNLOAD DAN TONTON ONLINE ADAM DAN HAWA EPISOD 46


DOWNLOAD DAN TONTON ONLINE ADAM DAN HAWA EPISOD 46 - Terlepas menonton Adam & Hawa episod 46, tidak mengapa kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.


AHawa46.dramatvonline by dramatvonlineteam

TEKSI TERLIPAT


TEKSI TERLIPAT - “Kami terpaksa menggunakan semua peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terhimpit dalam kenderaannya yang remuk teruk sehingga dadanya rapat dengan stereng,” kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Awang Omar.

Beliau menceritakan kerja menyelamat seorang pemandu teksi yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53, berasal dari Cheras, parah di tangan, badan dan tulang rusuknya serta dirawat di Hospital Serdang (HS).

Penolong Pengarah bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi sebelum satu jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah teksi remuk dalam keadaan seperti dilipat selepas ditindih bahagian depan treler, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk penumpang.

“Walaupun mangsa masih bernyawa, tetapi dadanya seperti melekat dengan stereng selepas teksi dipandunya dihimpit antara treler dan pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, kerja menyelamat dimulakan dengan ketua operasi pasukan bomba berinteraksi dengan mangsa untuk menenangkan emosinya sebelum bumbung teksi dipotong.

“Ruangan sempit kerana kedudukan teksi yang terhimpit antara treler dan pembahagi jalan menyukarkan kerja menyelamat dan pasukan bomba perlu berhati-hati menggunakan alat peregang hidraulik untuk melepaskan mangsa.

“Namun, kerja pasukan bomba turut terganggu apabila orang ramai memenuhi kawasan kemalangan untuk melihat kejadian lebih dekat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam teksi berjalan lancar walaupun menghadapi kesukaran kerana keadaan kenderaan yang remuk teruk sebelum diserahkan kepada petugas ambulans.

Difahamkan, treler terbabit yang dipandu di lorong paling kiri lebuh raya tidak sempat mengelak apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapannya.

Ini menyebabkan treler itu merempuh dan mengheret teksi berkenaan lebih 20 meter. Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan pemandunya, tetapi tidak berjaya kerana mangsa tersepit dari bahagian pinggang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved