KEADAAN PALESTIN SEBELUM DIJAJAH ISRAEL PADA TAHUN 1900 - Beginilah keadaan Palestin pada tahun 1900 sebelum penjajahan Israel. Terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dan sebagainya. Selain itu, keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu dimusnahkan Zionis dan sekutunya.
Lebih Gosip Bersama katakcomel.my
Home > All posts
(GAMBAR) KEADAAN PALESTIN SEBELUM DIJAJAH ISRAEL PADA TAHUN 1900
ditulis oleh Unknown on 23 November 2012
HADI AWANG LEBIH LAYAK JADI PM BERBANDING ANWAR IBRAHIM
ditulis oleh Unknown
HADI AWANG LEBIH LAYAK JADI PM BERBANDING ANWAR IBRAHIM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika pembangkang menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY
ditulis oleh Unknown
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY - Lebih kurang sebulan lagi dari sekarang majlis pernikahan diantara
Khairul Fahmi dan Leuniey bakal berlangsung. Mari kita tengok gambar pra-perkahwinan mereka.
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KE 19
ditulis oleh Unknown on 17 November 2012
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KE 19 - Anugerah Industri Muzik ke 19 ataupun AIM ke 19 tahun ini. Berikut adalah keputusan penuh.
1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO
6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina