Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

HADI AWANG LEBIH LAYAK JADI PM BERBANDING ANWAR IBRAHIM

on 23 November 2012


HADI AWANG LEBIH LAYAK JADI PM BERBANDING ANWAR IBRAHIM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Jika pembangkang menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
 
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
 
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
 
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Leeza dayasari [santai leeza] said...

salam perkenalan....... singgah.. nice sharing.


23 November 2012 at 18:56
Remy hazza said...

kekadang pelik dgn politik negara kita nie...... tak boleh ke berpolitik dgn betul.....


23 November 2012 at 23:25
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved