Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

NABIL RAJA LAWAK TINGGALKAN SURIA FM

on 28 November 2012


NABIL RAJA LAWAK TINGGALKAN SURIA FM - Nabil Ahmad mendedahkan yang beliau akan meninggalkan Suria FM selepas setahun bertugas sebagai penyampai radio di stesen itu.

“Keputusan ini saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon dan mengacara,” ujar Nabil Ahmad.


Ditanya sama ada menerima tawaran lumayan daripada stesen radio lain, Nabil Ahmad tidak menafikan ada menerima tawaran tetapi gajinya tetap sama seperti di Suria FM.

“Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu dan tidak boleh nak menjadi penyampai radio dan berlakon sekaligus,” tambahnya lagi.

GAMBAR TERBARU NUR FAZURA YANG MENGGODA

GAMBAR TERBARU NUR FAZURA YANG MENGGODA | Gambar Artis - Artis sensasi tanah air, Nur Fazura telah menghadiri Shout Awards 2012 baru-baru ini. Mari kita lihat gambar Fazura pada malam tersebut.

 
 
 
 

GAMBAR BULAN MADU AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DI EROPAH

GAMBAR BULAN MADU AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DI EROPAH - Pasangan pengantin baru popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah dibawa ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan perlawanan Champions League.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

EZAD EXIST SUDAH PUTUS TUNANG


EZAD EXIST PUTUS TUNANG | Berita Artis - Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.

Walaupun tiada sebarang tarikh diberikan ketika itu dan bilakah mereka akan berkahwin, tetapi riak wajah Ezad Lazim nyata gembira.

Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang berkaitan dengan pejabat agama.


Tetapi tidak menariknya, urusan dokumen di sebelah pihak perempuan tidak ‘berjalan’ seperti dimahukan dan tertangguh sehingga empat bulan lamanya tanpa punca.

Ezad Lazim sendiri merasakan yang pihak perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan mereka dan mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk berkahwin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved