Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

EZAD EXIST SUDAH PUTUS TUNANG

on 28 November 2012


EZAD EXIST PUTUS TUNANG | Berita Artis - Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.

Walaupun tiada sebarang tarikh diberikan ketika itu dan bilakah mereka akan berkahwin, tetapi riak wajah Ezad Lazim nyata gembira.

Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang berkaitan dengan pejabat agama.


Tetapi tidak menariknya, urusan dokumen di sebelah pihak perempuan tidak ‘berjalan’ seperti dimahukan dan tertangguh sehingga empat bulan lamanya tanpa punca.

Ezad Lazim sendiri merasakan yang pihak perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan mereka dan mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk berkahwin.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

la...camtu pulak ceritanya.....


28 November 2012 at 14:15
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved