NAJWA LATIFF ANAK DERHAKA DAN LALAI SELEPAS POPULAR - Bapa kepada Najwa Latiff ,Abdul Latif Ismail, 51, meluahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.
“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak
anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,”
luah Abdul Latif.
“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana
masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga
tetapi disiplin anak”
“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak
anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang
bersama,” tambah beliau lagi.
“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap
mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari
ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap
populariti sebagai penyanyi.
“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau
bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20
November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka
akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada
mereka yang tunjuk muka”