Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

TRAGEDI TONTON WAYANG

on 23 December 2012


TRAGEDI TONTON WAYANG - Kegembiraan empat sahabat menonton wayang di pusat beli-belah Mesra Mall di Kemasik, Kemaman bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran kawasan rekreasi Hutan Rimba Bukit Bauk di sini kelmarin.

Dalam kemalangan jam 11.20 malam, Nurul Syazwani Roslan, 20, dari Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu dan rakannya, Umi Fatihah Halim Shukri, 17, dari Rumah Murah Alur, Alor Lintang, Besut, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun akibat cedera parah di kepala dan badan.

Nurul Syazwani menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi manakala Umi Fatihah jam 12.30 tengah hari semalam.

Rakan mereka, Hasrul Arif Jamal Abdul Nasir, 22, cedera parah di kepala dan badan, manakala Nazli Mohd Jusoh, 30, yang memandu kereta Proton Waja terbabit hanya cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat sahabat terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dari arah bertentangan.

Pemandu Proton Wira Aeroback, Mohd Jusoh Dollah, 40, berasal dari Taman Murni Perdana, Paka, dekat sini, cedera parah di muka dan patah kaki kanan.

Ketika kejadian, Mohd Jusoh dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas melapah daging lembu untuk majlis perkahwinan anak rakannya di Kampung Alur Tempoyak, di sini.

Rakan kepada empat sahabat terbabit, Amirul Haziz Marzelan, 23, berkata, sebelum kejadian, mereka bertolak ke Mesra Mall, Kemasik, jam 2 petang dengan menaiki dua kereta.

Menurutnya, selepas menonton wayang jam 10.40 malam, mereka bertolak pulang ke Kuala Terengganu dan keempat-empat mangsa menaiki sebuah kereta, manakala dia mengekori dengan memandu sebuah kereta lain bersama seorang lagi rakan, Mohd Hishammudin Zain Asmadi, 17.

Setibanya di tempat kejadian, dia terserempak kemalangan itu tetapi pada awalnya tidak menyangka ia membabitkan empat rakannya.

“Ketika itu hujan dan keadaan gelap, menyebabkan saya mengambil masa untuk mengenali kenderaan mereka.

“Namun, sebaik menyedari kenderaan terbabit milik rakan, saya segera memberhentikan kereta sebelum bergegas untuk memberi bantuan,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini, semalam.

Amirul berkata, Nazli berjaya keluar dari kenderaannya tetapi tiga rakannya tersepit di tempat duduk sebelum anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam tiba memberi bantuan serta mengejarkan semua mangsa ke Hospital Dungun.

“Ketika bersama arwah Nurul Syazwani di Mesra Mall, dia banyak bercakap dan bergurau dengan kami, dan saya tidak menyangka kegembiraan itu berakhir dengan kejadian menyedihkan,” katanya.

SURAT KEPADA SANTA CLAUS DARI BUDAK KECIL BERAGAMA ISLAM

on 22 December 2012

SURAT KEPADA SANTA CLAUS DARI BUDAK KECIL BERAGAMA ISLAM - Bukankah keharmonian yang dipinta semua manusia di dunia ini??? Apa kata kita menghormati agama serta perayaan yang disambut oleh agama tertentu.

Mari baca surat yang ditulis oleh seorang budak kecil Islam yang menghormati agama orang lain walaupun dia tak menyambutnya. 

SINGAPURA JUARA, KEPUTUSAN THAILAND VS SINGAPURA FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012


KEPUTUSAN THAILAND VS SINGAPURA FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012 - Perlawanan yang sangat dinantikan bagi menentukan pasukan mana yang bergelar juara AFF Suzuki Cup 2012. Keputusan bagi perlawanan Thailand menentang Singapura adalah seperti berikut.

Thailand vs Singapura
1-0
(Singapura menang dengan agregat 2-3)

(GAMBAR) MAJLIS PERNIKAHAN ANNE NGASRI DAN MOHD SUMALI REDUAN 22 DISEMBER 2012

(GAMBAR) MAJLIS PERNIKAHAN ANNE NGASRI DAN MOHD SUMALI REDUAN 22 DISEMBER 2012




Tahniah diucapkan kepada pelakon yang comel, Anne Ngasri kerana telah sah menjadi isteri kepada Mohd Sumali Reduan pada hari ini, 22 Disember 2012.




Sekitar 11.00 pagi tadi dengan sekali lafaz, Anne Ngasri sah bergelar isteri kepada Sumali Reduan dengan mas kahwin bernilai RM22.50 & hantaran RM11,111.

Semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.


Jom lihat gambar sekitar majlis pernikahan Anne dan Mohd Sumali Reduan.



 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved