DIANA DANIELLE DITAHAN POLIS - Desas-desus mengatakan
Diana Danielle Danny Beeson, ditahan
pihak berkuasa di
Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana
faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.
“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana
meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai
perkara itu.
Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen
terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan
madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak
seminggu lalu.
“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah
Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama
empat tahun di sana,” sambungnya lagi.