GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI HARI KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI 2013 - Bandaraya Kuala Lumpur sudah pun dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke #KL112 di Stadium Merdeka.
Pihak berkuasa membenarkan PR menggunakan Stadium Merdeka dan polis turut mensasarkan kecelakaan sifar bagi perhimpunan berkenaan.
Berikut adalah laporan bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013:
1.11 pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.
1:00 pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan. Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".
12.48 pm: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.
12.45 pm: Masjid Negara - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.
12.36 pm: Lebuh Ampang - Kumpulan aktivis Royalti tidak bergabung dengan aktivis SAMM yang berjalan dari kawasan Kampung Baru. Mereka terpisah sejauh kira-kira 70 meter. Aktivis Royalti menunggu aktivis SAMM untuk mula bergerak terlebih dahulu. Kumpulan aktivis Royalti bersama aktivisi ANAK itu melaungkan slogan "Pulangkan royalti" sambil menunggu.
12.33 pm: KLCC - Peserta bergerak dari Jalan Ampang memasuki Jalan Lebuh Ampang sambil melaungkan "Hidup rakyat" dan "Bangkit rakyat". Pemandu kenderaan turut membunyikan hon kenderaan masing-masing dengan disambut sorakan oleh peserta. Lalulintas di kawasan itu dikawal polis trafik.
12.25 pm: LRT PWTC - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini. Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.
"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan. Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.
12.20 pm: Tiga trak pikap dengan pelekat 'Tim Medik' mengiringi peserta himpunan sepanjang jalan dari Brickfields menuju ke kawasan stesen keretapi lama Kuala Lumpur.
12.15pm: Dianggarkan 10,000 orang telah memasuki Stadium Merdeka dan mendapat kerusi untuk duduk.
Kira-kira satu pertiga stadium telah dipenuhi peserta perhimpunan. Sesetengahnya meniup tanduk Vevezula dan sesetengah daripada mereka menjerit slogan seperti "reformasi" dalam semangat yang tinggi. Majoriti orang ramai yang berpakaian baju kuning dan hijau, yang mewakili BERSIH dan Himpunan Hijau.
Bgaimanapun sesetengah daripada mereka juga memakai baju warna merah dan hitam dengan perkataan "Royalti", merujuk kepada Pergerakan Royalti Minyak Kelantan.
12.12 pm: Jalan Ampang - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.
Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.
"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.
Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.
Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.
"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.
11.58 am: KLCC - Lebih 3,000 mula bergerak ke Stadium Merdeka sambil melaungkan hidup rakyat. Pemimpin pakatan antaranya Datuk Kamrudin Jaafar dan Datuk Teng Chang Kim mengetuia perarakan.
11.57 am: Stadium Merdeka - Anggota Unit Amal kelihatan membawa masuk orang ramai ke dalam stadium secara berperingkat. Manakala ribuan lagi beratur di depan pintu utama untuk dibawa masuk ke dalam stadium.
12.00 pm: Jalan Sultan - Presiden Himpunan Hijau Wong Tack muncul dengan aktivis gerakan tersebut dengan membawa bendera hijau besar, kain rentang dan poster.
Beliau mengetui orang ramai menyanyi lagu "Suara Rakyat" dan 'Rasa Sayang', kemudian orang ramai mendengar ucapan beliau.
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Malaysia seperti dilahirkan semula hari ini dan hari ini adalah hari kemderdekaan sebenar bagi Malaysia.
"Kami berada di sini untuk meraikan Malaysia baru, esok negara kita akan penuh dengan harapan baru," katanya.
Beliau menyifatkan suasana hari ini seperti Hari Kebangsaan.
11.50am: stadium merdeka - Selepas pengumuman oleh juruacara Hishammuddin Rais, orang ramai mula bergerak masuk ke stadium.
Timbalan Presiden PAS, yang juga pengerusi urusetia penganjur turut kelihatan di situ.
11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.
"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.
"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly.
Turut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim
Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".
11.45am: Stadium Merdeka - Orang ramai dari Masjid Negara telah tiba di Stadium Merdeka. Gerai menjual minuman di sepanjang rancak berniaga.
11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.
11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.
Kepada sesiapa yang tidak dapat turun untuk #KL112, anda boleh menontonnya secara live streaming di sini.
{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }
Post a Comment