APA SUDAH JADI DENGAN LISA SURIHANI??? - Aktres terkenal tanah air,
Lisa Surihani telah kehilangan RM50,000 apabila
kad ATM beliau telah ditukar oleh individu lain tanpa pengetahuan aktress ini.
Ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad menyedari kehilangan wang
tersebut apabila beliau ingin mengeluarkan wang pada pagi Jumaat yang
lalu dan mendapati baki akaun bank telah berkurangan.
Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak bank, mereka memaklumkan
yang kad ATM milik Lisa Surihani sudah tidak boleh dipakai kerana sudah
diganti dengan kad baru oleh individu lain.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang
terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi
penjelasan selepas siasatan selesai,” jelas Lisa Surihani.