Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12

on 17 February 2013

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12


Sebenarnya, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu dipinjam daripada seorang rakan untuk sesi penggambaraan sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.

ORANG TERKAYA MALAYSIA : KINI 31 BILLIONAIR DI MALAYSIA

Raja gula, Robert Kuok

Raja gula, Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM46.1 bilion, meningkat 0.88 peratus berbanding RM45.7 bilion tahun lepas.

Rupert Murdoch Asia Tenggara, Tan Sri Ananda Krishnan

Rupert Murdoch Asia Tenggara, Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas.

Teh mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion.

Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini menduduki tempat keempat.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal dalam kedudukan kelima tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, mengambil alih tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King dengan syarikat utamanya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Nampaknya, pada tahun ini telah mencatatkan tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

6 GAMBAR MOTOR VALENTINO ROSSI MOTOGP 2013

on 16 February 2013

Jaguh dunia, Valentino Rossi atau lebih dikenali sebagai The Doctor telah dilihat menggunakan motor yang serba baru untuk musim 2013. Gambar di bawah ini telah dirakam ketika sesi ujian di Litar Sepang baru-baru ini. Mari tengok…

GAMBAR MOTOR VALENTINO ROSSI MOTOGP 2013 
Valentino Rossi 
 
 
The Doctor 2013

4 GAMBAR KERETA BARU ROSYAM NOR, MCLAREN MP4-12

Hangat diperkatakan di forum-forum hiburan mengenai pelakon, pengarah dan pemilik SUHAN Movies, Rosyam Nor  beli kereta baru iaitu Mclaren Mp4-12. Sama ada cerita ini benar ataupun tidak, kami tidak dapat pastikan.

 
   
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved