Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ORANG TERKAYA MALAYSIA : KINI 31 BILLIONAIR DI MALAYSIA

on 17 February 2013

Raja gula, Robert Kuok

Raja gula, Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM46.1 bilion, meningkat 0.88 peratus berbanding RM45.7 bilion tahun lepas.

Rupert Murdoch Asia Tenggara, Tan Sri Ananda Krishnan

Rupert Murdoch Asia Tenggara, Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas.

Teh mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion.

Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini menduduki tempat keempat.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal dalam kedudukan kelima tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, mengambil alih tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King dengan syarikat utamanya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Nampaknya, pada tahun ini telah mencatatkan tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

best nyer kalau jadi billionair...


17 February 2013 at 13:07
Anonymous said...

Walau banyak mana billion kalau dah bisness bersangkut dengan benda haram saperti judi, arak, dan rasuah satu sen pun tak guna.hai orang orang bertakwa jangan tergoda kekayaan dunia ini, kekayaan hakiki adalah SURGA akhirat.Kekayaan dunia selalu nya membuat lupa ALLAH. Ketenangan hidup ada lah anugerah yang MAHA ESA.


18 February 2013 at 01:43
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved