Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar Terbaru) Nasha Aziz Akui Kini Masih Solo Dan Rahsia Beliau Kekal Cantik

on 12 July 2012


Ada suara nakal kami dengar hujung minggu lalu selepas selesai majlis pernikahan Ella yang mengatakan sekarang ini hanya menunggu giliran Nasha Aziz.

Maklumlah, di usia 41 tahun Nasha Aziz sehingga ke hari ini masih belum mempunyai teman lelaki tetap selepas beberapa calon sebelum ini terkandas di’tengah jalan.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yang diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.

“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”

“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.

Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dna juga pelakon ini mendedahkan yang perasaan cinta adalah rahsia beliau.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi.

 
 
 
 
 

Dengan RM 30 000, Bisnes Laris Hanya Tiga Hari


Dengan bermodalkan sekeping kertas A4 tertera tulisan tangan berbahasa Arab kononnya boleh dijadikan azimat, seorang lelaki warga Pakistan berusia 30-an dikatakan sudah menipu sekurang-kurangnya 10 peniaga tempatan yang mahu menggunakan kertas berkenaan untuk melariskan perniagaan masing-masing.

Difahamkan, lelaki terbabit menjual kertas azimat itu dengan harga RM30,000 setiap satu sejak enam bulan lalu sebelum menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.

Suspek juga bijak meyakinkan mangsa untuk mendapatkan azimat berkenaan dengan memberi tempoh tiga hari untuk cuba menggunakannya sebelum menuntut bayaran selepas tamat tempoh berkenaan.

Selepas mendapatkan bayaran, suspek menghilangkan diri manakala ‘azimat' disimpan peniaga juga lesap menyebabkan perniagaan mangsa merosot mendadak berbanding sebelumnya, malah ada juga segelintir peniaga yang gulung tikar.

SUMBER

Gambar Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie, Redza Syah Tersebar!

on 11 July 2012

Baru saja kami hendak menarik lafaz lega mengenai pengakuan ibu Irma Hasmie terhadap menantunya, Redza Syah yang dikatakan berstatus duda, tiba-tiba datang pula informasi terkini mengenai isu tersebut.


Menerusi informasi yang dipetik dari sebuah blog butik pengantin, Redza yang segak orangnya pernah melangsungkan majlis persandingan bersama wanita yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang.

Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas.

Bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan, kami hanya mahu mencari jawapan benar mengenai isu status Irma yang dipersoalkan ramai pihak. Jadi, kami berharap sangat kepada Irma Hasmie agar dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai cerita yang mengheret dia bersama suaminya sebaik saja dia pulang dari berbulan madu di Australia.

Sebagai insan biasa, kami doakan Irma Hasmie bahagia dengan Redza dan anggaplah ini sebagai resam kehidupan sebagai seorang yang dikenali. ikuti beberapa keping gambar perkahwinan pertama Redza Syah.

 
 
 
 
 
 

SUMBER

Pemandangan Pelik Di Pantai China.

 

Bila melihat gambar-gambar ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya apa motif utama mereka mengenakan topeng muka. Pemandangan pelik ini terjadi di pantai China. Ianya dikenakan bukanlah bertujuan untuk merompak bank, namun kebanyakan wanita ini adalah mereka yang sudah dalam pertengahan umur wanita. Mereka 'berpenampilan sesuai' di pantai.


Wanita di Pantai Qingdao, China utara-timur wilayah Shandong, memakai topeng nilon yang sedikit menakutkan untuk melindungi diri mereka apabila mereka ke pantai. Topeng, yang dicipta oleh warga tempatan tujuh tahun yang lalu, digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang memudaratkan agar si pemakai tidak perlu menggunakan 'sun burn'.

Produk ini kini di bawah pengeluaran besar-besaran dan dijual di kedai-kedai pakaian renang sepanjang wilayah Shandong Timur Laut China. Pelabuhan laut bandar Qingdao terkenal dengan pantai, yang terkenal dengan air jernih, ombak lembut dan pasir memukau. Pemandangan indah ini juga sebanding di Hawaii, Bali atau Pulau Samet di Thailand.

SUMBER

Antara Kelakuan Buruk Awek Ketika Berada Di Tempat Awam

Kebiasaan buruk para awek-awek di tempat umum, bagi anda lelaki wajib tahu. Tahu tak apa yang menjadi kebiasaan buruk wanita itu??? Wanita sering melakukan kebiasaan-kebiasaan buruk di depan umum, baik dilakukan secara sengaja maupun tanpa mereka sedari.

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved