Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer Di Gold Coast, Australia

on 15 July 2012

Jika sebelum ini penulis ada berkongsi beberapa gambar bulan madu artis-artis yang berbulan madu, kali ini kami tidak mahu ketinggalan untuk memaparkan gambar Irma Hasmie dan suaminya, Reza Syah Azmeer. Mereka telah berlepas ke Gold Coast, Australia sebaik sahaja majlis resepsi Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer di Kelab Darul Ehsan pada 7 Julai 2012 lalu.

Untuk pengetahuanpara pembaca sekalian, pasangan  pengantin baru ini, Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah selamat sampai ke tanah air kelmarin. D'Haja, jenama tudung terkenal dan Myzarra Travel telah menaja pakej bulan madu Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer.

 
 
 

SUMBER

Pembedahan Plastik Yang Terlampau

on 14 July 2012


Perempuan ni (kiri )terlalu fanatik terhadap michael jackson, sehingga sanggup membuang duit untuk menjadi seperti Michael Jackson.
 

Gambar di atas ini pula korang dapat teka tak? kalau korang anggap diorang twin, korang SALAH!
sebenarnya diorang ni adalah ibu dan anak, si ibu sanggup ingin menjadi anaknya, dan menyerupai rupa seperti anaknya semata-mata kerana ingin mengeratkan hubungan mereka.
 
 
Yang ini pula, mungkin sudah tak tahu cara-cara nak belanja duit diorang, so diorang pon bercadang ingin menyamakan lagi part-part wajah diorang yang berbeza. Untuk pengetahuan korang, diorang kat atas n kembar.

Uncle Seekers Sudah bebas Dengan Jaminan Polis


Pengkaji aktiviti paranormal dan juga pengendali laman blog (www.uncleseekers.blogspot.com), Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Uncle Seekers ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

Penari Gelek Melayu Dibayar RM 500 Bagi Aksi 15 Minit


“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong ataupun urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

(Video) Perempuan Berzina Ditembak Sampai Mati

on 13 July 2012


Seorang anggota Taliban menembak mati seorang wanita yang dituduh berzina berhampiran Kabul, Afghanistan.

Video yang diperoleh oleh Reuters menunjukkan kumpulan Taliban menjatuhkan undang-undang ini walaupun kejadian berlaku berhampiran ibu kota Afghanistan.

Dalam video ini, seorang lelaki berpakaian serban menghampiri seorang wanita dalam keadaan melutut dan menembak sebanyak lima kali pada jarak dekat dengan senapang automatik. Disahut dengan sorakan kegembiraan oleh penduduk yang menyaksiakn kejadian di sebuah kampung di wilayah Parwan.

"Allah memberi amaran kepada kita untuk tidak mendekati zina kerana ia adalah cara yang salah," kata lelaki yang dekat kepada penembak.



SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved