Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Uncle Seekers Sudah bebas Dengan Jaminan Polis

on 14 July 2012


Pengkaji aktiviti paranormal dan juga pengendali laman blog (www.uncleseekers.blogspot.com), Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Uncle Seekers ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

SasauMovie said...

Follow My Blog . Will follow Back ^_^
yayayayaya !!

http://sasaumovie.blogspot.com/


14 July 2012 at 22:10
Unknown said...

lepas nie apa ler pulak uncle seekers punya story...dah mcm selebriti dah.....


14 July 2012 at 22:43
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved