Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Sharifah Aleya Kini Bertudung

on 29 July 2012


Kami kurang gemar mendengar atau membaca kenyataan yang mengatakan hijrah bertudung ini sebagai bermusim. Ianya sesuatu yang tidak boleh diduga oleh sesiapa. Heh.

Hujung minggu lalu, rakan kami ada mengatakan yang beliau terserempak dengan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya di One Utama dan nampak perubahan yang ketara.

Bukan perubahan apa-apa, tetapi Sharifah Aleya dilihat manis bertudung penuh ketika itu. Ketika itu kami anggap mungkin ibu kepada dua orang anak ini baru pulang dari majlis berbuka.

Sisipan hiburan akhbar hari ini turut melaporkan yang Sharifah Aleya pernah beberapa dilihat bertudung dan khabarnya sudah memulakan amalan baru itu sejak 1 Ramadhan lalu.

Gambar di atas merupakan gambar terbaru Sharifah Aleya yang bertarikh 27 Julai 2012 menunjukkan selebriti ini lengkap bertudung bersama ayahanda tersayang. Jika benar seperti apa yang dikhabarkan, harapnya pemakaian tudung ini akan kekal walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

SUMBER

Top 10 Pemandangan Paling Menarik Di Dunia

on 28 July 2012

Salam sejahtera wahai para pembaca blog Katak Comel yang disayangi. Kali ini, penulis ingin menunjukkan 10 jenis gambar pemandangan tempat menarik yang wujud di muka bumi ini. mari terjah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wajah Osama Bin Laden Ditemui Pada Badan Ketam


Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.

Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut. Setelah penangkapan selesai, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina - di wilayah ini terdapat peraturan melarang menangkap ketam betina kerana ketam betina diperlukan untuk pembiakan yang seterusnya.

Sambil memilih ketam, salah seorang anggota keluarga memegang handy cam dan memfilemkan aktiviti tersebut.Masa pengasingan ketam keluarga Canfield terus berlalu dan kembali pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali filem yang dibuat selama pengasingan ketam.

Betapa terkejutnya ketika menyedari ada yang pelik pada salah satu gambar video.Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Ia bersumpah kisah ini bukan pembohongan, Sayangnya kita tidak dapat melihat video ini di internet atas sebab-sebab tertentu.

SUMBER

RM 50,000 Hangus Dalam Ketuhar


Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473). Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.

Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.

“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar.

4 Perompak Guna Renjatan Elektrik Samun Pemilik Butik


Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.

Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.

“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.

“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.

Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.

Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.

Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.

“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.

“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.

Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.

Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved