Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

16 Tahun Jual Kuih Atas Kereta

on 13 August 2012


Gelagat seorang peniaga kuih raya warga emas yang duduk di atas bumbung kereta mempromosikan produk jualannya menarik perhatian orang ramai di Pasar Malam Pekan Awah, Chenor.

Penduduk Kampung Awah, Mohd Hanafiah Chik, 63, yang membahasakan dirinya sebagai Aki itu membuatkan setiap pengunjung menoleh ke arahnya kerana keriuhan mulutnya yang tidak henti-henti berceloteh.

Menurutnya, kuih hasil buatan tangan isterinya itu hanya dijual di pasar malam tersebut sepanjang bulan Ramadan setiap tahun.

“Bulan lain Aki tak jual tapi ketika Ramadan sahaja, malah putu kacang ini memang digemari orang ramai ketika menyambut Syawal.

“Sudah 16 tahun Aki berniaga putu kacang di pasar malam ini, tempat lain Aki tak pergi sebab jauh. Jika orang lain berniaga menggunakan khemah, tapi Aki nak buat kelainan, lagi pun lebih menjimatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Bapa kepada lima anak itu berkata, pegawai penguat kuasa tidak pernah 'kacau' tindakannya berniaga di kawasan letak kenderaan itu kerana dia mengakui tidak mampu untuk menyewa tapak dan memiliki khemah niaga sendiri.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh hasil jualan putu kacang dengan RM14 sebalang tidak seberapa dan hanya sekadar sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan anak bongsu yang berada di tingkatan dua.

(Gambar) Ashraf Sinclair Ajar Anaknya Solat

Rasa-rasanya sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran mengenai seorang artis ini, Ashraf Sinclair. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya", kata pujangga ini sangat bersesuaian dengan Ashraf Sinclair yang dilihat sudah mula melatih anaknya untuk mendirikan solat.

Penulis mengharapkan Ashraf Sinclair dapat membimbing anaknya menjadi anak yang soleh termasuk membimbing isterinya Bunga Citra Lestari agar tidak mendedahkan aurat. Amin...

 
 
 

Kisah Di Sebalik Kek Ular Yang Popular Di Facebook


Ular sawa ini tidak mungkin mengancam nyawa anda kecuali menyebabkan anda sakit gigi kerana ia adalh kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar. Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo. Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia. Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza. Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

“Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya. “Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya. Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya.

SUMBER

Drama Tanah Kubur Dikutuk Penonton


Siri Drama yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran, Tanah Kubur yang disiarkan Astro Oasis telah mendapat kritikan dalam mingguan Malaysia semalam.

Mari kita tengok apa yang dikutuk oleh pengomen ini.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.

Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.

Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik juga tulisan si pembaca ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

(Gambar) Fizo Omar Bercinta Dengan Doktor


Aktor kacak, Fizo Omar, 27, akhirnya mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama seorang pelajar jurusan kedoktoran sejak 3 tahun yang lalu. Pendedahan ini didedahkan oleh Fizo Omar sendiri setelah diasak beberapa kali oleh media.

"Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan.

"Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal bercinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan serta keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah", ujar Fizo.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya, Fizo Omar memberitahu dia belum ada perancangan dalam masa terdekat kerana kekasihnya itu masih punya baki dua tahun pengajian.

"Memandangkan dia masih belajar di luar negara, saya tidak mahu mengacaunya lagi dan disebabkan itu saya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang saya dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.

"Tapi, kalau boleh saya tidak mahulah kahwin selepas usia 30 tahun. Mungkin, selepas dia habis belajar, barulah saya akan fikirkannya kelak. Lagipun, saya sedang sibuk menguruskan perniagaan saya iaitu social media promotion dan lakonan. Jadi lebih baik masing-masing menumpukan pada komitmen yang ada sekarang dahulu sebelum kami membuat keputusan untuk ke melangkah ke fasa yang seterusnya," jelasnya lagi.

Selain sedang sibuk menjalani penggambaran berlakon drama bersiri Julia untuk siaran TV3, dia juga berniaga serunding resepi neneknya di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan ini.


p/s: comel tak header Katak Comel yang terbaru??? kalau anda semua hendak tahu, ini adalah jasa baik seorang blogger yang telah menghadiahkan header ini secara percuma. anda semua boleh terjah Dunia Shida, ada banyak tutorial berguna kepada para blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved