Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kisah Di Sebalik Kek Ular Yang Popular Di Facebook

on 13 August 2012


Ular sawa ini tidak mungkin mengancam nyawa anda kecuali menyebabkan anda sakit gigi kerana ia adalh kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar. Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo. Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia. Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza. Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

“Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya. “Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya. Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya.

SUMBER
Ranking: 5

{ 6 ong gedek gedek... read them below or add one }

Semut Senyum said...

unik . menarik.. bila lagi nak makan ular kalau ular tak jadi kek. ehheh


13 August 2012 at 15:28
Unknown said...

cantik dan unik...tapi cam geli pun ada.....he3


13 August 2012 at 23:34
aswadz said...

agak2 dlm kepala ular tu, dia letak taring skali x?


14 August 2012 at 12:39
nurmisnan said...

unik tetapi sangat bahaya jika seseorang cuba untuk bergurau dgn meletakkan yang sebenar.. zaman skrg tidak mustahil akan berlaku..


15 August 2012 at 10:02
drmandangmichael@gmail.com said...

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.


4 December 2012 at 14:03
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved