Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 61

on 11 December 2012


TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 61 - Terlepas menonton Adam & Hawa episod 61, tidak mengapa kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI???

on 10 December 2012

 

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI??? - Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakonan.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t.

"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat.

"Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.

"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya.

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN SHAH JASZLE DAN REDZWANI PUTERI

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN SHAH JASZLE DAN REDZWANI PUTERI - Selebriti tanah air, Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang telah pun selamat bertunang 8 Disember 2012 ataupun hari Sabtu miggu lepas. Kedua-duanya nampak comel sangat dalam persalinan berwarna pink. Memang sama cantik dan sama padan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE TERIMA ANUGERAH

GAMBAR FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE TERIMA ANUGERAH - Mungkin ramai yang tidak tahu ketika majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle baru-baru ini, Diana Danielle telah mendapat anugerah khas daripada PLKN yang disampaikan oleh Ketua Pengarahnya Dato Hadi.

Ini kerana ketika Diana menyertai PLKN di Kem Princess Haliza Sepang, Selangor pada tahun 2009 lalu, beliau telah terpilih sebagai penembak terbaik di kalangan lapan pelatih di situ.

Selain itu, Farid juga telah dianugerahkan sijil perhargaan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Haji Omar di atas kesudiannya menjayakan program kepolisan secara terbuka.

 
 
 
 
 

WANITA SARAT MENGANDUNG TIADA RUMAH, MEREMPAT DI SURAU


WANITA SARAT MENGANDUNG TIADA RUMAH, MEREMPAT DI SURAU - Dalam keadaan si isteri sarat mengandung anak pertama, sepasang suami isteri hidup merempat dengan menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu.

“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19.

Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga.

Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.

Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved