Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

WANITA SARAT MENGANDUNG TIADA RUMAH, MEREMPAT DI SURAU

on 10 December 2012


WANITA SARAT MENGANDUNG TIADA RUMAH, MEREMPAT DI SURAU - Dalam keadaan si isteri sarat mengandung anak pertama, sepasang suami isteri hidup merempat dengan menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu.

“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19.

Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga.

Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.

Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

kasihan nya... dugaan hidup.....


10 December 2012 at 10:18
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved