HANIS ZALIKHA TAKUT GOSIP
Mengecapi populariti lebih awal ketika bergelar blogger belum mampu membuatkan semangat Hanis Zalikha Zainal Rashid ampuh berdepan gosip.Benteng kesabarannya mestilah kuat untuk berdepan dengan asam garam anak seni apabila mengambil keputusan menceburi dunia glamor.
Bermula sebagai pengacara program berkonsepkan travelog, Mad Market yang disiarkan di TV9, si cantik manis berusia 22 tahun ini sekarang bergelar pelakon. Dia terpilih membintangi filem Gangster Celop yang bakal menemui khalayak, sedikit masa lagi.
Bagaimanapun, ketika namanya makin meniti di bibir peminat, timbul cerita kurang enak.
Ada individu yang tidak puas hati dengannya menyebarkan cerita buruk di alam siber. Khabarnya, individu yang melakukan perkara itu ialah bekas teman lelaki Hanis.
Enggan mengulas lanjut cerita yang tersebar itu, Hanis mengaku, penangan gosip itu hampir-hampir membuatkan dirinya putus asa untuk terus mengatur langkah dalam bidang seni.
Apabila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa menyesal menceburi bidang ini.Hanis berkata, dia bangkit melawan perasaan negatif akibat gosip yang tersebar.
Ingatkan, saya boleh tahan berdepan dengan cabaran bergelar anak seni, tapi tak sangka kesannya amat menyakitkan.
Kalau ikutkan hati, mahu saja saya tinggalkan dunia seni dan kembali menjadi Hanis yang dulu.
Mujurlah keluarga banyak memberi kata-kata semangat. Saya juga tidak mahu cepat kalah dengan dugaan seperti ini, katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Switch for XTRA Road Challenge di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Saya menceburi bidang ini kerana saya minat dan mahu mencuba bakat yang ada, bukannya nak cari musuh, katanya.Biarpun pernah melalui peristiwa kasih tak kesampaian, tidak bermakna Hanis serik kembali bercinta. Malah, tanpa berselindung, dia mengakui bersedia untuk jatuh cinta sekali lagi.
Buat masa ini saya masih single. Walaupun saya sibuk dengan kerjaya seni, ia tidak bermakna saya lebih menumpukan soal kerja tanpa perlu memikirkan diri.
Jika ditakdirkan saya jatuh cinta dalam masa terdekat, saya rela.
Kalau boleh saya tak mahu kahwin dalam usia yang lewat, katanya
Beralih kepada pengalaman barunya beraksi di layar lebar, Hanis berkata, ia memberi banyak cabaran kepadanya sebagai pendatang baru.
Sebagai orang baru dalam bidang lakonan, saya akui bukan mudah untuk saya memegang tanggungjawab itu. Apatah lagi, ini kali pertama saya berlakon memegang watak utama.
Bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada pelakon senior iaitu Syamsul Yusof, Kamal Adli dan pengarahnya, Ahmad Idham yang banyak membantu saya dalam membawakan watak Suzana, katanya.
Percubaan pertama berlakon Hanis berkata, dia membawakan watak anak ketua gangster dalam filem itu.
Ini adalah percubaan pertama saya. Jika ada yang tidak kena, harap dapat beri kritikan supaya saya dapat memperbaiki mutu lakonan, katanya merendah diri.
Disebabkan terlalu sibuk dengan tugas barunya, Hanis berkata, dia tidak cukup masa untuk mengemas kini blog peribadinya, inibelogsaya.blogspot.com sehingga ada peminat tegar blognya menegur.
Ini pun saya baru selesai menjalani penggambaran program Mad Market musim kedua. Mungkin selepas ini saya kena rajin menulis di blog. Harap peminat saya bersabar, kata Hanis.
{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }
Dulu blogger sekarang artis. Cantik pulak tu ;)
31 January 2013 at 13:29
biasalaa.. susah nak jd artis ni
31 January 2013 at 16:49
blogger paling cantik kat malaysia...tentu femes....
1 February 2013 at 14:31
Post a Comment