Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

HINA ISLAM - BOB LOKMAN PERTAHAN PATRICK TEOH

on 17 January 2013

HINA ISLAM - BOB LOKMAN PERTAHAN PATRICK TEOH




Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Patrick Teoh telah mengeluarkan satu status di akaun facebooknya sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak terhadapnya.
”Tidak boleh salahkan Patrick Teoh.” 
Demikian reaksi pelawak yang kini aktif di pentas ceramah politik, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh yang menyinggung umat Islam

Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman berkata “mereka (orang bukan Islam) tak faham akan kehendak agama kita. Jadi, mereka tak akan nampak keadilan.” 
“Kalau saya juga turut kutuk Patrick Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada wartawan. Menurut beliau, pemerintah yang perlu melakukan sesuatu bagi membendung perkara sama berulang, yang mungkin membawa kepada perpecahan pada masa akan datang. 
“Satu hari nanti, keadaan akan bertambah teruk. Jika ia tak dibendung oleh pemerintah, perang dan rusuhan antara kaum akan berlaku disebabkan agama. 
“Kita kena bagi penjelasan mengapa (berhubung keputusan Kedah). Apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu ada kebaikannya tetapi kalau nak cerita secara terperinci itu terlalu panjang,” tambahnya. 
Teoh mempersoalkan garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui mikro sosial Facebook. Dalam pada itu, Bob berkata penjelasan yang diberikan perlu merangkumi aspek positif dan negatif setiap dari keputusan itu. 


“Dalam soal negatif (larangan) itu, kena ada apa yang positifnya. Bukan setakat Teoh, ramai lagi yang tak faham. “Mereka marah bila kena rogol tetapi dia tak tahu orang bernafsu apabila tengok dia berpakaian seksi,” ujarnya. 
Dalam masa sama, Bob juga menyentuh soal kebangkitan umat Islam di Malaysia yang membantah filem Innocence of Muslims beberapa ketika dulu. 


“Saya nak tanya mereka yang pergi mengamuk tentang filem itu. Dah tengok? Mereka jawab belum. Belum tengok pergi mengamuk buat apa? “Ini memberi kesan yang negatif kepada Islam. Sama juga kalau kita buat tak tahu, tak tampil beri penerangan. Orang Islam akan hilang kredibiliti,” jelasnya lagi.

Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

oic...no comment!


17 January 2013 at 14:15
MalizaMah said...

byk benda kita kena fhm dulu kot baru bersuara.


17 January 2013 at 14:55
Carlos Santiago said...

betul juga ckp bob lokman.. BANkami


17 January 2013 at 15:56
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved