Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Punca Ayu Raudhah Kini Bertudung

on 14 August 2012


Pelakon yang sedang meningkat naik populariti, Ayu Raudhah mengakui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan tudung secara drastik setelah selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.

"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,

"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.

(Gambar) Kepulangan Pandelela Rinong Disambut Meriah Di KLIA

Bintang Olimpik terbaru, Pandelela Rinong disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)  atas kepulangan beliau dari Olimpik 2012 oleh para peminat awal pagi ini. Pandelela mencatat sejarah apabila menjadi penerjun wanita pertama negara merangkul pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

 

Neelofa Syak Teguran Yusof Haslam Sengaja Dibesarkan Pihak Ketiga


Baru-baru ini gempar di portal dan blog-blog hiburan tanah air cerita mengenai Datuk Yusof Haslam telah menegur Neelofa kerana dikatakan “telah lupa diri”.

Gosip terbaru tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi daripada peminat disebabkan sikap Neelofa dan tidak kurang juga yang menyokong kata-kata Datuk Yusof Haslam. Namun, Neelofa hanya menganggap teguran itu sebagai teguran antara bapa dan anak.

“Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle”ujar Neelofa.

Neelofa turut memberitahu bahawa dia syak ada pihak ketiga yang sengaja membesar-besarkan hal ini.

“Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan baru-baru ini sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga,” tambah Neelofa.

16 Tahun Jual Kuih Atas Kereta

on 13 August 2012


Gelagat seorang peniaga kuih raya warga emas yang duduk di atas bumbung kereta mempromosikan produk jualannya menarik perhatian orang ramai di Pasar Malam Pekan Awah, Chenor.

Penduduk Kampung Awah, Mohd Hanafiah Chik, 63, yang membahasakan dirinya sebagai Aki itu membuatkan setiap pengunjung menoleh ke arahnya kerana keriuhan mulutnya yang tidak henti-henti berceloteh.

Menurutnya, kuih hasil buatan tangan isterinya itu hanya dijual di pasar malam tersebut sepanjang bulan Ramadan setiap tahun.

“Bulan lain Aki tak jual tapi ketika Ramadan sahaja, malah putu kacang ini memang digemari orang ramai ketika menyambut Syawal.

“Sudah 16 tahun Aki berniaga putu kacang di pasar malam ini, tempat lain Aki tak pergi sebab jauh. Jika orang lain berniaga menggunakan khemah, tapi Aki nak buat kelainan, lagi pun lebih menjimatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Bapa kepada lima anak itu berkata, pegawai penguat kuasa tidak pernah 'kacau' tindakannya berniaga di kawasan letak kenderaan itu kerana dia mengakui tidak mampu untuk menyewa tapak dan memiliki khemah niaga sendiri.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh hasil jualan putu kacang dengan RM14 sebalang tidak seberapa dan hanya sekadar sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan anak bongsu yang berada di tingkatan dua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved