Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

8.8 Peratus

on 20 December 2011

Assalamualaikum...mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri ini 8.8 peratus. ada apa dengan nombor bertuah itu. atau adakah miera baru nak belajar mengenai peratus. ahaha. Okey, itu sebenarnya adalah jumlah dividen dan juga bonus yang akan diberi oleh Amanah Saham Berhad ataupun ASB kepada para pemegang akaun <-- wow!!! banyak kan, tak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Miera pun dah berbulan-bulan peram duit dalam ASB, so, bulan depan bolehlah shopping. kejap ye, nak listdown barang yang hendak dibeli semasa shopping. By the way, siapa mahu ikut miera, sile jelirkan lidah sepeerti hagemaru ya! ahaha


p/s: awaiting for nuffnang also. keep supporting me ya! ^ ^

Man City Kembali Bangkit

on 19 December 2011

Assalamualaikum...selamat monday blues kawan-kawan sekalian. kali ini miera mahu menaip mengenai perlawanan antara dua gergasi dalam English Premier League semalam. Arsenal vs Man City dan ia telah dimenangi oleh ManCity dengan 1-0. Gol dijaringkan oleh pemain yang hensem lagi kacak aka boyfren miera, David Silva. jangan marah ya!

Nampaknya, Man City bangkit dari kekalahan kepada Chelsea minggu lepas dan menerajui liga dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang. Lagi satu, miera berharap sangat tahun ini, piala EPL dimenangi oleh Man City. yela, berilah peluang kepada team lain pulak, ini tidak asyik Man Utd dengan Chelsea saja bolot. not fair lor <-- macam kontroversi je ayat miera ni. tapi jangan boikot taw. cian kat miera. wuwu

my new scandal

p/s: kembali sokong Man City. lalala

Jom Belajar Kata Hubung

on 16 December 2011

Di suatu pagi waktu class cikgu Aminah subjek BM.

Cikgu: baiklah murid-murid, arini kita belajar kata hubung ya.
Murid-murid : baik cikgu
Cikgu: contoh kata hubung yang akan kita belajar arini ialah menggunakan kata hubung dengan menggabungkan 2 ayat menjadi 1 ayat.
Cikgu: baiklah dengar baik-baik ayat ini. Ali menaiki basikal. Ali menuju ke sekolah. Jikalau digabungkan maka ia akan menjadi Ali menaiki basikal menuju ke sekolah.
Murid-murid : oo, senang je tuh cikgu..
Cikgu: oklah, Abu sila bangun dan cuba gabungkan ayat ni menjadi satu. Ali menaiki basikal. Ali ternampak Mayat
Abu: Ali ternampak mayat menaiki basikal
Cikgu: @*#%?
p/s: kalau ramai murid camni, boleh gila cikgu-cikgu sekolah. peace yaw!

Terlebih Pandai

on 15 December 2011

Seorang guru tadika bertanya kepada anak muridnya... 
Guru : Siapa dalam kelas ini yang mengenal nombor?
Razif : Saya, cikgu
Guru : Apa betul awak kenal nombor-nombor?
Razif : Ya, cikgu. Saya telah belajar dengan ayah.
Guru : Baiklah, mari kita lihat. selepas 3, berapa?
Razif : 4
Guru : Bagus. selepas 6?
Razif : 7
Guru : Ya, bagus. selepas 9?
Razif : 10
Guru : Ya, bagus sekali. nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu. Okeylah. Akhir sekali, selepas sepuluh, apa?
Razif : Jack, Queen dan King

p/s: bapak ajar anak main POKER rupanyee. jahanam budak ni. ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved