Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wordless Wednesdsay #16

on 11 January 2012


Picture Tell Everything...

Puisi Poligami

on 10 January 2012

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!



p/s: first time publish entry tengah malam...lalala

Kisah Mengenai Drakula

on 8 January 2012

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

bekas idola miera
p/s: sejak dua menjak ni, miera tak boleh tido sejak banyak 'drakula' gigit la. hoho

Kisah Seram

on 7 January 2012

bagi yang lemah semangat..sila bawa rakan atau ahli keluarga membaca bersama..

Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lif tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..

“Maaf ya… saya terkentut tadi… abang jangan marah ya ?”



p/s: da lama tak datang klcc. siapa nak teman miera pergi sana? hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved