Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Ana Rafali Bertudung Semenjak Maulidur Rasul Yang Lalu

on 7 February 2012

Assalamualaikum... bayangkan betapa gembiranya hati bakal suami Ana Rafali apabila Ana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya semenjak Maulidur Rasul yang lalu. ini satu berita baik untuk Ana Rafali, keluarganya, bakal suami dan kesemua umat Islam. tahniah miera ucapkan kepada Ana Rafali atas penghijrahan ini.


p/s: miera harap Ana Rafali akan terus bertudung sampai bila-bila. jangan hangat-hangat tahi ayam saja.

Gadis cantik ini tidak pernah cuci make-up selama 2 tahun

Salam sejahtera... Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.


 Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.

   

p/s: umat Islam diwajibkan cuci muka lima kali sehari, jangan gedik nak buat seperti ini. hehe

Nasib Friendster Hari Ini

on 6 February 2012

Salam sejahtera... korang yang lahir tahun 80-an mesti pernah ada account friendster zaman-zaman dahulu kala tu kan? masa miera tengah bosan petang tadi, miera cuba untuk buka friendster sebab nak tengok apa perkembangan friendster hari ini. Sekali tengok, friendster bukan tempat untuk bersosial tetapi sudah jadi tempat main online game.

Ini semua gara-gara populariti Facebook dan Twitter yang buat Friendster ni makin dipinggirkan dengan kejam sekali. waktu Myspace bermaharajaleladulu-dulu pun, Friendster dah hilang banyak pengguna.

p/s: dengar cerita, facebook dah nak tutup. hoho

Gambar Gadis Sorak (Cheerleader) Universiti Tercantik Di China

Salam sejahtera... wajah gadis ini dirakam secara tidak sengaja dalam satu pertandingan sorak antara universiti di China. Mungkin kerana raut wajahnya yang cantik dan comel, mahasiswi Universiti China menjadi sensasi di internet sehingga ada yang memanggilnya sebagai Gadis Sorak Paling Cantik dan Semulajadi. Gadis ini sedang belajar di Universiti Xiamen. apa lagi, jom cuci mata...


p/s: sememangnya warga China dilahirkan dengan kulit yang cantik-cantik. hoho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved