Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Kondom Mewah ‘Louis Vuitton’ (LV) Harga RM200 Sekeping

on 12 February 2012

Salam sejahtera... Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka. Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.

Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu. Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping. Seluruh lapisan kondom berwarna coklat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.

Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV. Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut. Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR).

Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah itu mencanak-canak grafnya!


p/s: kalau buat hantaran kawen ni, mesty stylo kan. ahaha

(Video Parodi) Pekerja KFC Tidak Pukul Pelanggan!!!

Salam sejahtera... miera ada satu video parodi mengenai kes pergaduhan yang membabitkan pelanggan dan pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) di I-city baru-baru ini. video parodi ini dirakam oleh Andrew Boey dan telah dimuat naik di laman Facebook pada 10 Februari yang lalu. di dalam video ini, beliau sendiri telah pergi ke KFC untuk membeli hidangan disana dan didapati beliau dapat pulang ke rumah dengan  selamat. (tidak dipukul pun). pekerja KFC yang bertugas ketika itu pun telah melayan beliau dengan mesra sekali.


Siapa kata jika anda pergi ke KFC, anda akan dipukul oleh pekerja KFC tanpa sebab? Jika anda datang dengan cara yang baik,kedatangan anda sememangnya dialu-alukan. abaikan Kes Pekerja KFC yang kurang ajar itu kerana kejadian terbabit bukannya berlaku disemua tempat. jika kita mengamalkan sikap toleransi dan saling memahami, segala urusniaga yang kita jalankan akan berjalan dengan lancar.


p/s: miera selalu makan kfc semasa dating. ehehe

Akibat putus tunang wanita seksi ini tiduri 200 lelaki rakan internetnya

on 11 February 2012

Salam sejahtera... Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun namun seorang pengurus kelab malam, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur.

Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari. Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.

Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu. Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks.


p/s: masyaAllah... para pembaca kalau putus tunang atau putus cinta, jangan buat macam ini ya!

Najwa Latif Beli Perodua Myvi Cash

Selamat sejahtera... Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Muka Buku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai (cash) baru-baru ini.

Untung badan muda muda begini sudah mampu membeli barangan berharga tinggi seperti kenderaan dengan tunai. Sekurang kurangnya beban hutang kepada bank tidak berlaku di usia muda.


p/s: nak tumpang boleh tak??? hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved