Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Letak Jawatan 8 April 2012

on 11 March 2012

Salam sejahtera... Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memutuskan untuk berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno. Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak terutamanya pembangkang (Pakatan Rakyat) berikutan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


p/s: bagoslah, engkau pun dah banyak songlap duit rakyat wahai tauke lembu  (SUMBER)

(Video) Ujian Baju Kalis Peluru, Lelaki Ini Nekad Tembak Badan Sendiri

Salam sejahtera... Entah apa yang bermain di fikiran lelaki ini ketika ia memutuskan hendak menembak perutnya dari jarak dekat semata-mata untuk menguji sehelai baju sejuk anti peluru. Untunglah baju sejuk anti peluru tersebut benar-benar kalis peluru, kalau tidak mesti dah lama mampus lelaki ini.  Lelaki ini menggunakan sepucuk pistol Glock 10mm dan kemudian merakam seluruh kejadian ini dengan kamera.


Video aksi nekadnya ini telah mendapat pelbagai komen di YouTube, dimana beberapa orang mengagumi keberaniannya, namun yang lain mencela dan mengatakan bahawa tindakan yang dilakukannya ini adalah sesuatu yang bodoh.



p/s: guna AK 47 la kalau berani... (SUMBER)

Gambar Terkini Nur Amalina Che Bakri Seksi - Pelajar Cemerlang SPM 2005

Salam sejahtera... Tahun lalu, kita telah digemparkan dengan berita mengenai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri yang kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran dengan berpakaian seksi. Sekarang, beliau sedang menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland.

Berita terkini adalah Nur Amalina akan muncul tidak lama lagi di dalam rancangan Nona TV3. Sekarang ini pengacara Nona, Neelofa berada di University of Edinburgh untuk temubual eksklusif bersama Nur Amalina Che Bakri.


lagi gambar Nur Amalina yang seksi, klik sini
SUMBER

Fasha Sandha Tolak Tajaan Kahwin 29 April

on 10 March 2012

Salam sejahtera... Memang dah jadi lumrah dunia artis kalau berkahwin, mesti ada saja pihak tertentu yang hendak menjadi penaja bagi majlis perkahwinan artis ini. Tetapi, berbeza pula dengan Fasha Sandha yang menolak semua tajaan kerana tidak mahu dianggap "Wedding Of The Year", Fasha Sandha akan mengikut kata bakal suaminya yang mahukan perkahwinan mereka dilakukan bersederhana.

Fasha yang mengumumkan bakal bernikah pada 29 April 2012 di Bali baru-baru ini akan menbuat tiga majlis resepsi untuk perkahwinan mereka yang dikatakan sederhana itu.

Fasha juga turut memberitahu bahawa dia dan bakal suami, Jejai telah menolak secara baik tawaran tajaaan yang pernah cuba untuk menaja keperluan pada hari bersejarah mereka itu nanti. Segala persiapan yang dilakukan untuk hari persandingan kelak menggunakan duit mereka sendiri.


p/s: kesian pihak penaja itu, pe kate korang taja perkahwinan miera jela. hihi  (SUMBER)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved