Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(8 Gambar) Pemandangan Menakjubkan Dari Taman Negara ZhangJiaJie

on 30 May 2012

Salam sejahtera... Kali ini kami ingin para pengunjung setia blog ini menikmati suasana hijau. Suasana hijau ini tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik tau, tapi alam semulajadi yang boleh membuatkan mata kita sejuk dan hati yang tengok. Mari kita terbang ke negara China, menikmati pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Gempar!!! Pegawai Kerajaan China Bayar Zhang Ziyi RM347 Juta Untuk Seks

Pergh!!! Skandal menteri Malaysia yang dikatakan membayar aktress terkenal untuk seks nampak sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan angka yang didedahkan media China hari ini.

Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini didakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress dan selebriti terkanl Zhang Ziyi.

Bo Xilai dikatakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka dikenalkan oleh rakan.

Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming dikatakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.

Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang-kurangnya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.

Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya dan ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini.

Berita skandal ini dikatakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di’sana.


SUMBER

Tomok Bergelar Bapa Pada 29 Mei 2012

on 29 May 2012

Tomok melalui laman Twitter rasmi beliau baru sahaja mengumumkan yang isteri beliau, Ayu baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 6.03 petang tadi.

Tomok dan Ayu berkahwin pada 1 Julai 2011 yang lalu dan iniadalah anak sulung mereka. Tahniah daripada kami buat kedua-duanya dan kaum keluarga mereka.


SUMBER

Wow!!! Gaji Nazmi Faiz Sebulan RM300,000 Dari Kelab Beira-Mar???

Bintang bola sepak Harimau Muda, Nazmi Faiz awal bulan ini mencipta kejutan apabila diterima untuk menyertai  sebuah kelab bola sepak Portugal, SC Beira-Mar.

Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 & beliau akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012 selepas mencecah 18 tahun.

Ejen beliau Marco Guimaraes mengakui jumlah yang di’terima Nazmi Faiz memang lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi enggan mendedahkan jumlah sebenar. Nazmi Faiz sendiri masih belum berikan sebarang respons.

Jika jumlah yang di’khabarkan itu benar & sebenarnya tidak mustahil, Nazmi Faiz bakal bergelar jutawan bola sepak muda — jauh lebih muda daripada Safee Sali yang menerima RM118,000 sebulan di Indonesia.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved