Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Video) Ular Ini Masih Mengganas Walaupun Kepala Sudah Putus

on 12 June 2012


Satu video yang dirakam di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya tetapi masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang di mana ular yang hanya tinggal kepala tersbut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa.


SUMBER

LRT Jadi Tempat Public Sex Secara Terbuka!!!


Kalau kita adalah penumpang tetap LRT untuk bergerak dari hujung Ampang atau Bukit Jalil sehingga ke Sentul Timur ataupun dari Gombak ke Kelana Jaya, kita pasti akan bersua dengan pelbagai situasi menjelikkan di dalam gerabak terutama pada masa puncak atau pada hari minggu.

Tak kiralah sama ada anak Cina, anak India dan terlebih-lebih lagi anak Melayu, golongan muda yang berpasang-pasangan mudah kita lihat bercumbu dan berpelukan dengan penuh keghairahan dalam perkhidmatan yang disediakan.

Sehinggakan ada yang terpaksa turun di stesen berikutnya dan berpindah gerabak semata-mata kerana tidak tahan mata berbulu melihat aksi-aksi yang konon-kononnya romantis ler bagi pasangan yang asyik masyhuk itu tetapi sebenarnya memperlihatkan kebodohan mereka.

Kut yer pun nak beromen atau nak beromantis sangat, carilah tempat yang tertutup. Kalau boleh tu, biarkan tak ada apa-apa pun yang tahu termasuklah semut, malaikat dan terlebih-lebih lagi Allah Taala.

SUMBER

Rangka Pontianak Ditemui Di Bulgaria


Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.

SUMBER

Subhanallah! Anak Lembu Mirip Manusia


Seekor lembu telah melahirkan anaknya dan peristiwa itu telah mengejutkan penduduk di Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura. Ia adalah disebabkan lembu peliktersebut telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikial mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi

Kepala dan muka bayi lembu pelik itu pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.
Namun sayangnya, anak lembu pelik ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.

Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang pelik. “Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut,” ungkapnya.

Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi pelik. “Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik,” jelas Rasuki.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved