Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Sungai Paling Jernih Di Dunia

on 19 July 2012

Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.

Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti 'scuba diving' dan 'bungee jumping'.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Warga Emas Ditinggalkan Selepas Menjadi Wali Anak


Pertemuan seorang gelandangan warga emas berusia 50-an dengan anak perempuannya yang terpisah sejak tiga tahun lalu, hanya seketika apabila anaknya itu dikatakan meninggalkannya di sebuah medan selera di sini, selepas mengambil bapanya untuk dijadikan wali pernikahan, minggu lalu.

Ketika ditemui, warga emas itu, Hassan Basri Mohamad, terpinga-pinga apabila dihampiri pihak media dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang cuba membantu. Dia dikatakan berada di kawasan itu sejak 10 hari lalu dan bergantung kepada simpati orang ramai menghulurkan makanan.

Pegawai Kebajikan Jajahan Kota Bharu, Rozaidi Che Soh berkata, pihaknya dimaklumkan seorang peniaga yang prihatin dengan nasib warga emas itu.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada bekas birasnya yang ditemui sebelum ini, warga emas terbabit diambil anak perempuannya pada 14 Julai lalu untuk dijadikan wali pernikahan wanita itu sebelum dihantar semula ke kawasan berkenaan keesokan harinya.

“Menurut bekas birasnya, Hassan menyerahkan semua empat anaknya untuk dijaga keluarga lain termasuk anak perempuannya itu.

“Warga emas ini dipercayai gelandangan dan mengambil upah mengangkut barang di Pasar Siti Khadijah,” katanya.

Rozaidi berkata, pihaknya mengambil tindakan segera menghantar warga emas yang menghidap penyakit tibi itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) berikutan penyakitnya kronik.

Katanya, mereka akan mengikut prosedur JKM bagi menempatkan Hassan Basri di Rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa.

“Sekiranya sembuh, Hassan akan ditempatkan di Rumah Sri Kenangan. Buat masa sekarang, keadaannya masih dalam pemantauan hospital,” katanya.

Bagaimanapun, anak perempuannya dikenali sebagai Maziah, 21, ketika dihubungi semalam, mengakui berjumpa bapanya meminta Hassan menjadi wali pernikahannya dengan Hamdan Hussin, 23.

Namun, Maziah terkejut apabila dimaklumkan bapanya dibawa menerima rawatan oleh JKM kerana penyakit tibi dihidapinya.

“Bagaimana keadaan dia? Dia di mana sekarang? Kali terakhir jumpa dia pun ketika menjadi wali pernikahan saya,” katanya.

Suaminya pula berkata mereka bukan bermaksud meninggalkan bapa mentuanya tetapi Hassan enggan mengikut mereka tinggal bersama di Ampang, Kuala Lumpur.

“Isteri saya diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia tiga tahun dan tidak banyak tahu mengenai bapanya.

“Kami cuba memujuknya untuk ke klinik tetapi ditolaknya dengan baik,” katanya.

Kereta Konsep Jepun Yang Tersangat Pelik Dan Unik

on 18 July 2012


Pameran kereta ataupun Auto-Show merupakan satu acara yang menarik dan menyeronokkan. Di sana kita dapat melihat pelbagai rupabentuk dari pelbagai jenis kereta, ini termasuklah kereta moden dan klasik. Kita juga boleh melihat kereta futuristik yang mungkin menjalar di jalan raya suatu hari nanti.

Di Jepun terdapat acara yang dinamakan Konvensyen Pelumba VIP, kepada peminat automotif kehadiran mereka di sini pastinya melonjakkan adrenalin!

Kebanyakan kereta direkabentuk dengan kit badan yang sangat besar. Kelihatan seperti satu ciptaan dalam anime (animasi Jepun), jangan terkejut jika ada yang mengharap kenderaan ini boleh bertukar bentuk menjadi robot dengan menekan mana-mana butang.

Tapi itulah tipikal Jepun yang kita kenali - Lucu dan kreatif yang melampau!

SUMBER

Farid Kamil Cedera, Tempurung Lutut Retak


Pelakon terkenal tanah air, Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat apabila tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak Isnin lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam.

"Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.

"Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

"Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved