Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Warga Emas Ditinggalkan Selepas Menjadi Wali Anak

on 19 July 2012


Pertemuan seorang gelandangan warga emas berusia 50-an dengan anak perempuannya yang terpisah sejak tiga tahun lalu, hanya seketika apabila anaknya itu dikatakan meninggalkannya di sebuah medan selera di sini, selepas mengambil bapanya untuk dijadikan wali pernikahan, minggu lalu.

Ketika ditemui, warga emas itu, Hassan Basri Mohamad, terpinga-pinga apabila dihampiri pihak media dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang cuba membantu. Dia dikatakan berada di kawasan itu sejak 10 hari lalu dan bergantung kepada simpati orang ramai menghulurkan makanan.

Pegawai Kebajikan Jajahan Kota Bharu, Rozaidi Che Soh berkata, pihaknya dimaklumkan seorang peniaga yang prihatin dengan nasib warga emas itu.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada bekas birasnya yang ditemui sebelum ini, warga emas terbabit diambil anak perempuannya pada 14 Julai lalu untuk dijadikan wali pernikahan wanita itu sebelum dihantar semula ke kawasan berkenaan keesokan harinya.

“Menurut bekas birasnya, Hassan menyerahkan semua empat anaknya untuk dijaga keluarga lain termasuk anak perempuannya itu.

“Warga emas ini dipercayai gelandangan dan mengambil upah mengangkut barang di Pasar Siti Khadijah,” katanya.

Rozaidi berkata, pihaknya mengambil tindakan segera menghantar warga emas yang menghidap penyakit tibi itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) berikutan penyakitnya kronik.

Katanya, mereka akan mengikut prosedur JKM bagi menempatkan Hassan Basri di Rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa.

“Sekiranya sembuh, Hassan akan ditempatkan di Rumah Sri Kenangan. Buat masa sekarang, keadaannya masih dalam pemantauan hospital,” katanya.

Bagaimanapun, anak perempuannya dikenali sebagai Maziah, 21, ketika dihubungi semalam, mengakui berjumpa bapanya meminta Hassan menjadi wali pernikahannya dengan Hamdan Hussin, 23.

Namun, Maziah terkejut apabila dimaklumkan bapanya dibawa menerima rawatan oleh JKM kerana penyakit tibi dihidapinya.

“Bagaimana keadaan dia? Dia di mana sekarang? Kali terakhir jumpa dia pun ketika menjadi wali pernikahan saya,” katanya.

Suaminya pula berkata mereka bukan bermaksud meninggalkan bapa mentuanya tetapi Hassan enggan mengikut mereka tinggal bersama di Ampang, Kuala Lumpur.

“Isteri saya diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia tiga tahun dan tidak banyak tahu mengenai bapanya.

“Kami cuba memujuknya untuk ke klinik tetapi ditolaknya dengan baik,” katanya.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Jahirah said...

mungkin bapa dia xnk susahkan anak dia....tp kesian sebab dia srg2...


19 July 2012 at 09:43
Unknown said...

ada anak kasi kat org... bila tua hidup berseorangan......
mcm2 hal sekarang nie


19 July 2012 at 11:23
THE AUTHOR said...

Dalam hal ini nak salahkan anak juga tak ler..sebab tak dijaga..
Apatah lagi anak yang dijaga ..kadang2 lupa ibubpa..betul tak?


19 July 2012 at 18:23
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved