Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(12 Gambar) Artis Wanita Berseronok Di Parti Liar

on 25 July 2012


Hari ini, satu set gambar yang di’dakwa memaparkan gelagat seorang artis wanita Malaysia mula tersebar dan menimbulkan spekulasi tentang identiti sebenar beliau.

Beberapa keping gambar yang ada jelas menunjukkan perilaku yang kurang sihat terjadi di parti liar ini termasuklah hubungan seks dan aktiviti menghisap ganja.

Ikhlasnya, kami tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini Buktinya Salamiah Hassan Ditaja Golongan VVIP


Penyanyi veteren, Salamiah Hassan dikhabarkan baru sahaja dapat sebuah 'Mini Cooper' pemberian seorang individu yang amat disayanginya sempena meraikan hari lahirnya yang ke-61 yang baru saja disambut tidak lama dulu.

Khabarnya, Salamiah Hassan sama sekali tidak menyangka individu berkenaan sanggup menghadiahkan kereta kecil mewah berkenaan kepadanya kerana dia masih lagi memiliki kereta lamanya yang lebih besar.

Tapi apakan daya. Kalau sudah dinamakan hadiah, jadi terpaksalah Salamiah Hassan menerimanya dengan hati terbuka lagi ikhlas. Lagipun bukan senang untuk mendapat hadiah bernilai seperti itu daripada insan tersayang.

Malah khabarnya juga, selepas memandu kereta berkenaan Salamiah Hassan terus jatuh cinta dengan keupayaan serta kemantapan pemanduan kereta itu. Inilah yang dinamakan cinta pandang pertama.

Persoalannya sekarang, siapakah gerangan yang telah menghadiahkan Salamiah Hassan dengan kereta Mini Cooper berkenaan?

Apa Sudah Jadi Dengan Zed Zaidi???


Terkejut juga kami apabila awal tengah malam tadi, terdapat beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Kalau di’lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi 'trending topic' di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang di’dakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.

Jadi, kami rasa tiada apa yang perlu di’risaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham. Ada sisi yang bagus sebenarnya dan ini tanda peminat masih sayangkan Zed Zaidi. Tidak begitu?

Tak Mahu Puasa, Tetak Kepala Ibu


Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas ditegur supaya berpuasa. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved