Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Ini Buktinya Salamiah Hassan Ditaja Golongan VVIP

on 25 July 2012


Penyanyi veteren, Salamiah Hassan dikhabarkan baru sahaja dapat sebuah 'Mini Cooper' pemberian seorang individu yang amat disayanginya sempena meraikan hari lahirnya yang ke-61 yang baru saja disambut tidak lama dulu.

Khabarnya, Salamiah Hassan sama sekali tidak menyangka individu berkenaan sanggup menghadiahkan kereta kecil mewah berkenaan kepadanya kerana dia masih lagi memiliki kereta lamanya yang lebih besar.

Tapi apakan daya. Kalau sudah dinamakan hadiah, jadi terpaksalah Salamiah Hassan menerimanya dengan hati terbuka lagi ikhlas. Lagipun bukan senang untuk mendapat hadiah bernilai seperti itu daripada insan tersayang.

Malah khabarnya juga, selepas memandu kereta berkenaan Salamiah Hassan terus jatuh cinta dengan keupayaan serta kemantapan pemanduan kereta itu. Inilah yang dinamakan cinta pandang pertama.

Persoalannya sekarang, siapakah gerangan yang telah menghadiahkan Salamiah Hassan dengan kereta Mini Cooper berkenaan?
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

tua2 pun masih laku tau......
anak dia bila lagi......


25 July 2012 at 15:19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved