GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG SANGAT MENGGODA - Janda muda yang kerap dihujani kontroversi, Nora Danish telah upload gambarnya yang sangat menggoda ke laman sosial. Mungkin ramai jejaka di luar sana akan cair dengan gambar di bawah ini.
Lebih Gosip Bersama katakcomel.my
Home > All posts
GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG SANGAT MENGGODA
ditulis oleh Unknown on 27 August 2012
GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG SANGAT MENGGODA - Janda muda yang kerap dihujani kontroversi, Nora Danish telah upload gambarnya yang sangat menggoda ke laman sosial. Mungkin ramai jejaka di luar sana akan cair dengan gambar di bawah ini.
GEMPAR!!! AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI LOKASI, TIDAK BAYAR PELAKON EKSTRA
ditulis oleh Unknown
AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI LOKASI, TIDAK BAYAR PELAKON EKSTRA - Barang siapa yang terpacak depan televisyen pada hari raya lalu, pasti perasan dengan sebuah drama muzikal komedi, Lemang Sebatang.
Al-kisahnya, ada seorang peminat bercerita mengenai Azwan Ali yang masih berhutang dengan pelakon ekstra untuk program tersebut sehingga hari ini.
Azwan Ali berjanji akan membayar RM50 untuk tiga hari berkerja buat setiap pelakon ekstra yang terlibat namun sesen pun tidak diterima.
Bukan setakat tidak menerima bayaran, para pelakon ekstra ini juga tidak diberikan makan minum sepanjang tiga hari bekerja malah pelakon ekstra dimaki hamun.
USTAZ DON KOMEN PASAL BULAN MADU
ditulis oleh Unknown
USTAZ DON KOMEN PASAL BULAN MADU - Penceramah popular masa kini, Ustaz Don atau nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid, 28, berkata alam perkahwinan yang baru miggu lepas seperti melengkapkan imannya.
“Perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya,” kata Don Daniyal Don Biyajid.
Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok manakala isteri kesayangannya, Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan penceramah agama itu.
Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.
Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana. Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti.
“Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah,” katanya.
KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI
ditulis oleh Unknown
KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI | JENAYAH - Seorang wanita cuba mengubah pendekatan lain dengan berdiam diri apabila suaminya marah, namun tindakan itu tidak berhasil dan menyebabkan dirinya menerima padah lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam dua hari lepas, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.
Mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.
Suami mangsa kemudian memarahi mangsa kerana tidak mahu berbual dengannya. Mangsa yang ketakutan terus mendiamkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah.
Sebaik tiba di rumah, mangsa bergegas ke dapur menyiapkan masakan untuk suaminya sebelum dia dipanggil ke ruang tamu dan suaminya bertanya kenapa dia seperti sudah berubah sikap.