USTAZ DON KOMEN PASAL BULAN MADU - Penceramah popular masa kini, Ustaz Don atau nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid, 28, berkata alam perkahwinan yang baru miggu lepas seperti melengkapkan imannya.
“Perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya,” kata Don Daniyal Don Biyajid.
Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok manakala isteri kesayangannya, Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan penceramah agama itu.
Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.
Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana. Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti.
“Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah,” katanya.
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
selamat pengantin baru buat beliau n isteri. semoga jodoh berpanjangan
27 August 2012 at 12:39
Post a Comment