Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

RAJA DADAH DITAHAN

on 5 September 2012


RAJA DADAH DITAHAN - Lelaki warga Nigeria dalang sindiket pengedaran dadah yang ditahan di Lukut, Sabtu lalu dipercayai menjadi ketua rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang membekalkan dadah kepada banyak negara.

Menurut sumber, dalang yang berusia 32 tahun itu akan menerima pesanan dadah luar negara mengikut jenis dan kuantiti serta mengatur kaedah untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Sejak enam bulan lalu, suspek banyak terbabit dengan urusan pengedaran syabu (methamphetamine) dan heroin.

Difahamkan, walaupun sesetengah dadah yang diseludup masuk ke Malaysia diedarkan di pasaran tempatan, sebahagian besar daripadanya juga telah diseludup keluar semula kerana harganya boleh mencecah sehingga 1,000 peratus lebih tinggi di negara-negara lain.

Sebagai contoh, harga 1kg syabu adalah sekitar RM60,000 di kebanyakan negara Afrika tetapi di Malaysia, ia berharga kira-kira RM200,000, manakala di Indonesia ia boleh mencecah sehingga RM800,000.

Harga dadah boleh mencecah sehingga RM3 juta sekilo di New Zealand, Australia dan Jepun.

Dadah biasanya diseludup ke negara ini melalui ruang tersembunyi dalam beg pakaian dan bagasi oleh kebanyakannya wanita dari pelbagai negara termasuk dari Nigeria, Iran dan Filipina.

Dadah yang diseludup akan dihantar melalui 'keldai dadah' tempatan yang akan membawanya ke sebuah kondominium di tempat operasi di Taman Sri Hartamas yang diuruskan oleh warga Nigeria lain.

Operasi di sini akan menyelia bahagian bekalan untuk perniagaan. Apabila "barang yang dipesan" sampai, dia akan mengatur rancangan untuk menghantar dadah ke negara destinasi.

Teman wanita kepada dalang dadah yang berusia 31 tahun, yang dipercayai "isterinya" juga telah ditangkap.

Dia bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pengangkutan dan memperolehi harta yang digunakan oleh kumpulan di negara ini.

Kejayaan terbaru Jabatan Anti-Narkotik Bukit Aman terhadap pengedar dadah ini berlaku selepas enam bulan pemantauan ke atas kegiatan sindiket.

Orang kanan sindiket ditahan berhampiran kondominium pada 31 Ogos. Polis kemudian menetapkan sasaran mereka untuk menangkap dalang dan dan teman wanitanya di Lukut pada hari berikutnya.

Siasatan masih diteruskam untuk menentukan tahap kekayaan sindiket.

Polis sedang bekerjasama dengan Interpol untuk memecahkan rangkaian pembekal.

RIZA SEMPAT JADI SUAMI IZREEN ASMINDAR SELAMA 2 HARI


RIZA SEMPAT JADI SUAMI IZREEN ASMINDAR SELAMA 2 HARI | Berita Artis - Jurukamera terkenal, Riza atau nama sebenarnya Muhamad Riza Baharudin agak kempunan untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri bersama isteri yang baru dinikahinya, Izreen Asmindar.

Ianya disebabkan oleh bekas pelakon Juvana ini, Izreen Azmindar terpaksa terbang ke Seoul Korea untuk menjalani penggambaran drama bersiri Julia. Mereka hanya sempat menjalani kehidupan sebagai isteri selama dua hari sahaja.

"Nak buat macamana, kalau hendak diikutkan kami sepatutnya ada cuti selama seminggu untuk bersama, tetapi di saat-saat akhir terpaksa berpisah kerana urusan kerja sebaik saja bernikah.

"Bukan sahaja Izreen, saya pun sudah kembali bekerja pada 2 September lalu untuk menyambung tugasan dalam menjayakan penggambaran telefilem bagi sebuah stesen televisyen.

"Saya faham dengan komitmen kerja masing-masing, cuma agak sedihlah sebab baru sahaja kahwin tetapi sudah terpaksa berpisah untuk jangka masa yang agak lama iaitu sehingga 14 hari dan saya kini menjalani kehidupan bujang kembali," ujar Riza dengan redha.

NATASHA HUDSON DISAHKAN MENGANDUNG


NATASHA HUDSON DISAHKAN MENGANDUNG | Berita Artis - Artis wanita tanah air, Natasha Hudson telah disahkan hamil selama sebulan lalu pagi tadi.

Natasha Hudson dan Carleed Khaza bergelar suami isteri dalam satu majlis nikah di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar April 2012 lalu dengan tiada wang hantaran.

DIUGUT RM60,000 KERANA PUTUS CINTA


DIUGUT RM60,000 KERANA PUTUS CINTA - “Serahkan RM60,000 atau banyak lagi gambar bogel awak akan disebarkan!,” itulah ugutan diterima seorang wanita selepas dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup ketakutan.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu.

“Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati kerana saya memutuskan hubungan selepas tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan dua bulan lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Dia yang menemui jalan buntu mendapatkan khidmat nasihat pengerusi biro, Datuk Seri Micheal Chong sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Dalam kes berasingan, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Jenny, 30, menerima nasib sama apabila gambar bogelnya disebarkan menerusi facebook sejak April lalu.

Menurut Jenny, dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya berikutan perbuatan ganas suspek yang selalu memukulnya sejak menjalin hubungan intim tahun lalu.

Sebaik saja memutuskan hubungan, Jenny menerima SMS daripada suspek mengatakan dia akan menjadi ‘terkenal’ kerana meninggalkannya, bagaimanapun dia tidak mengendahkan ugutan itu sehingga dihubungi rakannya pada April lalu mengatakan terdapat akaun facebook menggunakan nama berserta beberapa gambar bogel miliknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved