Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GEMPAR!!! IKLAN INI BUAT PUAK YAHUDI MENGAMUK

on 22 September 2012


IKLAN INI BUAT PUAK YAHUDI MENGAMUK - Semenjak tersebarnya video menghina Nabi Muhammad S.A.W, Innocence Of Muslims ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya kini mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.

Sebuah surat khabar di Estonia telah menjadikan gambar tahanan Yahudi di kem Nazi sebagai iklan pil diet. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem maut terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA ANAK SULTAN BRUNEI

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA ANAK SULTAN BRUNEI - Anak perempuan kelima Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Bagi majlis persandingan pula, ianya akan diadakan pada hari ini dianggarkan 1700 orang tetamu terhormat akan menghadiri majlis resepsi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 
 
 
 
 
 

HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH


HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH | Berita Artis - Juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, bukan hanya mengharumkan nama negara tetapi habuan yang diterimanya bernilai lebih RM 1 Juta.

Menurut Shila, dana berkenaan adalah dalam bentuk rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerjayanya sebagai penyanyi di negara Tembok Besar itu.

"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini ," ujar Shila Amzah berikutan kemenangan itu.

Video persembahan Shila Amzah di Asian Wave 2012

(GAMBAR) DIANA AMIR SUDAH SAH BERTUNANG DENGAN USTAZ

on 21 September 2012


DIANA AMIR SUDAH SAH BERTUNANG DENGAN USTAZ | Gosip | Berita Artis - Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.

Namun begitu, nama tunang Diana Amir masih dirahsiakan beserta dengan tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal disatukan dengan ikatan perkahwinan sah.

Diana Amir turut memberitahu yang majlis pertunangan ini sengaja dirahsiakan dan akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved