Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH

on 22 September 2012


HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH | Berita Artis - Juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, bukan hanya mengharumkan nama negara tetapi habuan yang diterimanya bernilai lebih RM 1 Juta.

Menurut Shila, dana berkenaan adalah dalam bentuk rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerjayanya sebagai penyanyi di negara Tembok Besar itu.

"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini ," ujar Shila Amzah berikutan kemenangan itu.

Video persembahan Shila Amzah di Asian Wave 2012
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

eenie minniey said...

untungla kan, dpt harumkan nm ngara lagi


22 September 2012 at 10:39
Remy hazza said...

tahniah shila.....
kau memang layak terima semua tu..... memang best shila nyanyi waktu pertandinagn tu....


22 September 2012 at 11:32
muhammad asyraf said...

memang layak menang..

bangga kerana dia dapat harumkan nama negara..


22 September 2012 at 12:35
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved