GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI YANG BERNILAI RM 60 JUTA - Jumaat lalu, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, pada Jumaat lalu.
Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta
delegasi antarabangsa.
Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini. Menurut laman
Yahoo!
News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman,
pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah sehingga RM 60 juta.
“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1000 bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.
Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.
Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.