Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

WOW!!! MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI BERNILAI RM 60 JUTA

on 23 September 2012

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI YANG BERNILAI RM 60 JUTA - Jumaat lalu, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, pada Jumaat lalu.

 Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini. Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah sehingga RM 60 juta.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1000 bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja. Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
Ranking: 5

{ 8 ong gedek gedek... read them below or add one }

PORUMAN said...

mahal juga.. biasalah byk duit


23 September 2012 at 23:25
bai baizura said...

nsem laki die. hikshiks. wa nk jd madu die lah :))


23 September 2012 at 23:43
paripariputih said...

akmal cakap ngan sultan tu campakkan le kat kita ni sebutir dua diamond yg ada kat baju penganti mompan tuh ha ha ha >..<

tapi bagus perantin mompan dia tutup sume :)

malam akmal mimpi jan mengigau kan aku ye.. mohon mimpi gf ko jer ha ha ha >..<


23 September 2012 at 23:46
Diemsisi said...

mahal bagi kita tapi mungkin murah bagi dia ... memang mewah la ...


23 September 2012 at 23:55
Yana Sakura said...

bese la..ank Sultan kan..mst la mmpu..agpn negara Brunei kan kaya...


23 September 2012 at 23:58
Remy hazza said...

negara terkaya.... 60 juta tu baru sikit jer......


24 September 2012 at 00:03
Mira Adzlia said...

pergh!!mahal giler...bolelah..sultan Brunei kaya..hihi


24 September 2012 at 10:28
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved