Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

FAKTA TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR YANG PERLU ANDA TAHU

on 11 October 2012

FAKTA TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR YANG PERLU ANDA TAHU - Sejak diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM 11.70 sebulan.

Disebabkan proses penukaran meter pukal kepada meter individu oleh SYABAS, amat tidak memuaskan, kerajaan negeri telah melancarkan beberapa usaha untuk membantu rakyat mengatasi masaalah penukaran meter.

Sekitar 92% pemilik pangsapuri kos rendah telah menikmati air percuma melalui Skim Rebet Air Percuma (SAFWA) dan skim itu juga telah ditambah baik menerusi program Lapor dan Dapat.

Pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mebuat tuntutan secara terus melalui SYABAS.

Sejak Julai 2010 sehingga 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Pemilik pangsapuri bukan kos rendah boleh memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Namun terdapat banyak aduan di mana proses pertukaran yang rumit oleh SYABAS melengahkan pertukaran tersebut.

Oleh itu kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Kini, 29,318 unit pangsapuri bukan kos rendah telah bertukar kepada meter individu.

Disediakan oleh:

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686

BAJET 2013 : MANA PERGI DANA UNTUK 80000 PELAJAR SEKOLAH AGAMA???


BAJET 2013 | MANA PERGI DANA UNTUK 80000 PELAJAR SEKOLAH AGAMA??? - Sekumpulan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) telah berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara bagi menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013 hari ini.

Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa yang memilih sekolah agama untuk anak mereka melanjutkan pelajaran. Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.

SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA


SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA - Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini berpeluang membeli kereta keluaran PERODUA dengan bayaran serendah RM 299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk model Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya.

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ...


BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ... - Penyediaan subsidi yang diterapkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Bajet 2013 masing-masing, yang dibentangkan baru-baru ini, tidak dipersetujui oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan walaupun beliau menyifatkan belanjawan kedua-dua parti itu ada kelebihan sendiri.

"Banyak elemen yang bagus dalam kedua-dua bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini (bulan lalu)," kata beliau.

“Terutamanya bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mengenai peruntukkan kanak-kanak kurang upaya dan ini merupakan satu perkara yang bagus serta perlu disokong,” katanya.

Wan Saiful turut menyatakan persetujuannya dengan bajet yang diperkenalkan oleh PR, yang turut memasukkan soal penghapusan duti eksais kereta.

Bajet 2013 Kerajaan Pusat dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September lalu manakala Bajet PR dua hari sebelum itu. Kedua-dua BN dan PR dilihat menggunakan bajet kali ini sebagai 'modal politik' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Dewan Rakyat sedang membahaskan Bajet 2013.

“Saya juga bersetuju dengan penghapusan duti eksais kereta yang diketengahkan oleh Pakatan.

“Tetapi saya kurang bersetuju dengan pemberian subsidi yang diterapkan dalam kedua-dua bajet, yang diketengahkan kerana bagi saya ia seperti menggalakkan rakyat untuk meminta-minta kepada kerajaan yang memerintah.

“Budaya meminta-minta di kalangan rakyat, kalau dibiarkan akan menjadi bahaya selain budaya meminta subsidi perlu selalu dipaparkan oleh media agar rakyat faham mengenainya,” katanya.

Wan Saiful turut meminta rakyat agar jangan mudah terpengaruh serta senang mengukur kewibawaan seseorang ahli politik itu berdasarkan ganjaran yang diberikan kepada mereka.

“Kita seharusnya jangan terima ahli politik yang seolah-olah mahu memberi ‘bribe’ kepada kita,” katanya ketika mengulas mengenai pemberian subsidi yang seolah-olah sudah menjadi budaya kepada rakyat di Malaysia.

Wan Saiful turut menambah, “tidak ada apa-apa yang perlu rakyat berterima kasihkan kepada bajet yang dibentangkan kerajaan kerana wang itu adalah dari rakyat sendiri."

Ketika ditanya moderator wacana, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek mengenai di antara kedua-dua bajet yang dibentangkan,  yang mana satu lebih mapan dan bagus untuk pertumbuhan ekonomi, sosial dan keseluruhan untuk rakyat Malaysia, Wan Saiful berkata, “saya tak dapat beri jawapan kerana banyak risikonya."

“Rakyat Malaysia kena pindah dari budaya politik sokong parti tanpa tahu dasarnya.

“Secara umumnya, apa yang boleh saya katakan kedua-dua bajet adalah dalam bentuk ekonomi baru, sekali gus dapat membantu kadar ekonomi negara untuk lebih meningkat lagi pada masa akan datang,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved